Thursday 29 September 2011

24. Kisah Tukang Pancung Saudi

Dalam duduk sibuk membaca blog YB Zulkifli Noordin membincangkan tentang hukum hudud, tertarik pula nak melihat hukuman pancung tersebut dilakukan. Cari punya cari dalam youtube, jumpa kisah si tukang pancung pula, menarik.


Seram gak dengar kisah Saudara ni, hehehehe

23. Hati terusik

Hurrrmm... Ntah kenapa pula hati ni teringat ya? Sudahlah, tabahkah diri wahai hati. Kamu tidak kuat tanpa bantuanNya, berdoa yeee!!!! hehehe...

Wednesday 28 September 2011

22. Cuaca

Panas betul hari ni. Dapat pekena air sejuk ni, Subhanallah! Dapat cendol ke ABC ke, perggghh!!!

Tuesday 27 September 2011

21. Ragam Pelajar (1)

Nama : A (bukan nama sebenar)
Umur : 13 tahun

Situasi 1.
"A, tali kasut kamu tu, ikat! Nanti jatuh," tegur cikgu.
"Heeeee!" sengih A.

Situasi 2.
"A, baca buku tu. Jangan ganggu rakan," tegur cikgu lagi.
"Heeeee!" sengih A.

Situasi 3.
"A, kenapa sengih-sengih? Saya marah kamu ni," marah cikgu.
"Heeeee!" sengih A.

# Itulah kehidupan si A, aku marah pun dia sengih, aku nasihat pun dia sengih. Kadang lawak juga bila tengok perangai macam tu, tapi kekadang menyirap juga. Hahaha

Monday 26 September 2011

20. Pantun Nasihat (5)

Lihat anak insafkan diri,
Syukur si ibu anaknya berubah;
Yakin diri rencana Ilahi,
Hiduplah diriku dengan tabah.

Syukur si ibu anaknya berubah,
Bersalam mereka bermaaf-maafan;
Hiduplah diriku dengan tabah,
Terus berjalan menuju ke depan.

Bersalam mereka bermaaf-maafan,
Dikucup pipi si anak manja;
Terus berjalan menuju ke depan,
Berteman diriku cinta yang Esa.

# Syukur Alhamdulillah, selesai sudah pantun ini. Kepada rakan-rakan, terima kasih atas nasihat kalian, semoga Allah membalas budi baik kalian. Terima kasih.

19. Tahniah

Di dalam kesedihan aku, ada berita gembira dari kawan pula sampai. Tahniah kawanku yang sorang ni, da kahwin dah kamu. Dulu boleh tahan gatal, semoga selepas ini kamu menjadi suami yang bertanggungjawab ya.
Tahniah!
Hidup tak selalu indah, tetapi ketidak indahan hidup itulah yang akan menaikkan seri hidup kita. So,

SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA!!!

Sunday 25 September 2011

18. Hahahaha

Ketawa, ketawakan saya. Terima kasihlah kerana gelakkan saya. Terima kasih.

Saturday 24 September 2011

17. Melayan

Lokasi: Beberapa kawasan di Putrajaya
Mode : Melayan rakan-rakan melepak, layan
Aktiviti : ada member buat gile beli tiket wayang pukul 1. Nak tak nak la kan. Adoi!

16. Merawang

Lokasi : Salah sebuah pusat karaoke di Kajang.
Mode : takdop selora lagi nak karok, maher zain jugak yang jadi peneman.

Gembiralah rakan-rakan, lepaskan tekanan kamu semua. Karooookkk!!!

15. Penemanku kini

Ini peneman aku kini, semoga aku terus diberi kekuatan. Ya Allah, janganlah Kau izinkan aku bertindak bodoh. Ini ujianMu, dekatkan diriku dengan Mu.

Subhan Allah (feat. Mesut Kurtis) Lyrics

By: Maher Zain 

سبحان الله


سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك

Maher Zain:
As I traveled through the earth
I can’t help but notice
The symphony I hear all around
from the smallest grain of sand
to the faraway planets
to a flower put in roots in the ground

Every bird in the sky
Every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds
every ant, every plant
every breeze and all the seas
They all sing


سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك


Mesut Kurtis:
جل الله بكل كون الله
ألمح نور الله
وذكر ربي في دقات قلبي
يهتف بسم الله
خلق الله
صنع الله ما أبهاه
والأكوان تسبح بسم الله
جل الله في علاه
يا رباه يا رحمن
الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك

سبحان الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك

14. Pohon kekuatanMu



Denagan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah menghapuskan jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa yang dikehendakiNya. Dan Ingatlah pada sisiNya ada "Ibu segala Suratan"
(Surah Ar-Ra'd,13:39)

Ya Allah, aku memohon padaMu ya Allah, segala kekuatan yang aku tiada, aku memohon keampunanMu. Aku tiada daya dan tenaga tanpa bantuanMu. Kau ada rencana tersendiri ya Allah, aku yakin padaMu, tetapi aku hambaMu yang lemah ya Allah. Bantulah aku wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

13. Pantun Nasihat (4)

Duduk si anak bertemu ibu,
Memohon maaf kesalahan diri;
 Memohon doa dirawat kalbu,
 Semoga diri tenang abadi.

Memohon maaf kesalahan diri,
Maaf si ibu tanpa ragu;
 Semoga diri tenang abadi,
 Pergilah pergi memori dulu.

Maaf si ibu tanpa ragu,
Lihat anak insafkan diri,
 Pergilah pergi memori dulu,
 Yakinkan diri rencana Ilahi.

Bersambung di sini...

12. Alhamdulillah

Syukur padaMu, 48 jam tanpanya, syukur padaMu ya Allah.
Kau berilah dia nikmat ya Allah, kebahagian yang dia cari.
Aku cuma mohon Kau beriku kekuatan untuk terus mencintaiMu, jangan Kau pisahkan aku dengan cintaMu ya Allah.
PadaMu ku berserah, padaMu ku memohon perlindungan.

Friday 23 September 2011

11. Syukur

Ya Allah, hambaMu ini lemah, padaMu ya Allah ku berserah, kepadaMu aku berhukum.
Jadikan aku sentaisa bersyukur dengan nikmat pemberianMu.
Di dalam kesedihanku, ramai yang tertawakanku ya Allah, aku bersyukur ya Allah.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuanMu ya Allah.

Kau tambahkan imanku, jangan Kau tarik cintaku padaMu ya Allah.

10. Jumaat nan Indah

Syukur...
24 jam tanpanya,
Semoga diberi kekuatan terus dan terus tanpanya.
Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah.

Thursday 22 September 2011

9. Wayang pilihan hujung minggu

Hujung-hujung minggu ni, kalau mahu lepak dengan buah hati, bolehlah layan cerita-cerita ni. Jom,


1) Raya Tak Jadi



2) Bini-biniku Gangster

8. Lemah

Ya Allah, lemahnya hambaMu ini. Ku mohon pedomanMu ya Allah!

Wednesday 21 September 2011

7. Perlawanan Kelayakan Olimpik

Tahniah Malaysia, not bad gang!!!
Keep working, make us proud...
Japan (2) vs (0) Malaysia

6. Pantun Nasihat (3)

Disuruh anak pergi sembahyang,
Bersembahyang anak tiga rakaat;
Sehingga ditinggal orang disayang,
Termenung diriku terkulat-kulat.

Bersembahyang anak tiga rakaat,
Menyesal pula kerana derhaka;
Termenung diriku terkulat-kulat,
Mengadu diriku pada yang Esa.

Menyesal pula kerana derhaka,
Duduk si anak bertemu ibu;
Mengadu diriku pada yang Esa,
Memohon doa dirawat kalbu.

Bersambung di sini...

5. Air

Ayooooqqq plak takdok... Waduh

Sigh!

4. Pantun Nasihat (2)

Dirotan ibu berbirat-birat,
Menagis si anak beria-ria;
Nafasku sedut terasa berat,
Makanku suap tiada selera.

Menagis si anak beria-ria,
Hiba pula hati si ibu;
Makanku suap tiada selera,
Mengenang diri apa salahku.

Hiba pula hati si ibu,
Disuruh anak pergi sembahyang;
Mengenang diri apa salahku,
Sehingga ditinggal orang disayang.

Bersambung di sini...

Tuesday 20 September 2011

3. Pantun Nasihat (1)

Budak melayu bermain gasing,
Gasing dimain di padang bola;
Pening diriku kepala berpusing,
Berpusing aku ditinggal dia.

Gasing dimain dipadang bola,
Bermain mereka hingga malam;
Berpusing diriku ditinggal dia,
dunia ceria menjadi kelam

Bermain mereka hingga malam,
Dirotan si ibu berbirat-birat;
Dunia ceria menjadi kelam,
Nafas kusedut terasa berat.

Bersambung di sini...

2. Sajak Sunyi

Petang ini sunyi
Sunyi sekali
Hati berbisik sedih
Minda terdetik pedih
Nafasku terasa berat
Dadaku terasa padat
Sedih, pedih, ku merintih
Daya, tenaga, mana dan di mana

Aku seorang
Sepi
Ditinggal
Ditipu

Tetapi
Hati ini sayang
Diri ini cinta
Bagaimana ya?

Bodoh
Maki orang

Hidung tak mancung
Marah mereka

Aku cinta dia
Katanya

Tetapi
Aku, aku, aku…
Aku tak tahu

Ya Rabbi
Aku lemah, aku lemah, aku lemah
Aku mohon pada-Mu
Tunjukkan aku jalan
Ini balasan aku
Banyak berdosa pada-Mu
Ampunkan aku
Ampnkan aku
Ampunkan aku wahai Tuhan


#jam 1740, 16 September 2011

1. Assalamualaikum

Assalamualaikum dan Bismillah pembuka bicara,
mohon diterus bicara kita.
tempat dicoret, dicerita, dikongsi rahsia,
semoga kita bersua muka.


Baca Al-Fatihah sebagai pembuka,
supaya kita diberkati sentiasa,
jangan kita kejar dunia,
kelak binasa jika alpa.


 Al-Fatihah...
(1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekali alam.
(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(4) Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari Akhirat).
(5) Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Jumpa kita dilain muka,
semoga kita kuat sentiasa,
kepada Allah kita berdoa,
Tawakal kita segala usaha.