Monday 31 October 2011

55. Memujuk Hati Luka

Hai Hati!
Aku sungguh kasihan melihatmu,
lara, duka, kecewa,
sentiasa menduga,
apabila gembira dibunuh gembira.

Hai Akal!
Kemanakah harus ku adu,
dimanakah hendak ku tuju,
berkhayal, bergembira dengan arak,
atau,
menghisab, menyesal di atas sejadah.

Hai Hati!
Akan aku kerahkan kudratku,
akan aku bantu dirimu,
akan aku kawal nafsumu,
akan aku padam amarahmu,
agar,
tidak kau lupa Allah yang satu.

Hai Akal!
Walaupun aku sudah hangus tidak berapi,
walaupun aku sudah karam tidak berair,
namun,
simpatimu ingin ku tagih,
kasihmu ingin ku pinta,
bijakmu ingin ku guna,
supaya,
tidaklah aku putus,
asa yang tiada.

Ya Allah!
Pada-Mu hamba berdua berdoa,
pada-Mu hamba berdua bermohon,
pada-Mu jualah hamba berdua berharap,
Engkau teguhkanlah Hati,
Engkau mantapkanlah Akal,
semoga,
dapatlah kami tanggung,
ujian tak tertanggung.

#jam 2345, 11 Jun 2007

Sunday 30 October 2011

54. Air tangan emak

Bila balik kampung, si anak mesti rindu dengan air tangan emak kan? Biar pun jauh berbatu-batu di perantauan, bila terkenang hangatnya tangan ibu menyuap juadah yang di masak, pasti banjir mulut si anak dengan enzim amilase dan juga air liur, kan, kan kan?

Si emak tidak perlu masak siakap tiga rasa untuk buat si anak tambah nasi sampai lima pinggan. cukup dengan ikan bilis masak kicap je, kita da bersemangat makan.

Si ibu membuat telur mata kerbau je pun, teknik yang sama, resepi yang sama, kita tetap tak dapat nak lawan sedapnya telur yang mereka goreng.

Si ummi sentiasa sediakan juadah kegemaran si anak bila anaaknya pulang. Kalau mereka tak larat sekalipun, adik beradik yang lain dikerah untuk mencari bahan masakkan supaya mereka tetap dapat sediakan juadah untuk si anak.

Ape pun, terima kasih emak, ibu, ummi serta yang seangkatan dengannya. Terima kasih di atas masakan kasih sayang kamu untuk dihidang kepada kami, terima kasih!

Saturday 29 October 2011

53. Pergi berurut

Syukur, Alhamdulillah, lepas jugak hajat aku nak servis badan ni. Semenjak dua menjak ni, badan rasa letih-letih sikit. Kenape ntah, da teringin sangat nak berut, tu ingt last week nak blk, tapi ada saje yang ganggunye.

Urut? Ya, urut, tapi bukan dengan amoi, ataupun ayam, haha. Urut kampungkan, rasa korang mesti jarang pergi kan. Hehehe, orang pompuan ni biasa gi urut time pas bersalin je, mak bidan datang umah kan, hehe, bertepek lah jamu kat dahi tu semua, dituam la bagai kan.

Tadi masa ngurut, sendawa-sendawa wak tu. Hehehe, kedian plak aku tengok. Tapi lagi kesian kat aku kot. Melompat-lompat gak tadi, sakit beb. Hahaha, otot-otot da keras. Baru nak jadi salman khan. Hahaha

Kalo korg kerje cikgu, skill ngurut mesti tau sikit. Ingt lagi time aku anta team bola, budak injured, aku la ngurutnye. Pastu aku pun sendawa macam wak tu, hahaha. Orang kata kalo kita urut orang, kita sendawa, kita boleh jadi tukang urut. Ntah lah kan.

Ape pun lepas je ngurut, badan rasa ringan skik. Heheh, syukur. Best jugak kan kalo kawin nanti dapat bini pandai ngurut ke ahli fisioterapi ke. Jimat duit, kikiki.

52. Balik kampung

Syukur, Alhamdulillah, smlm sampai jugak ke kanpung. Ikut jadual nak balik minggu lepas, tapi sbb ada kerja, terpaksa tangguh.

Macam biasa lah, sampai je kat kawasan kampung, bau kilang Lee Rubber memang nostalgia. Hidangan aroma tersebut membangkitkan kenangan tine duk asrama dedulu. Hahaha, time nakal-nakal gitu.

Petang tu, pas belikan juadah tuk kluarga kat umah, lepaj-lepak, tunggu magrib pastu kluar. Lpak ngan kengkawan jap. Pkena sate, ketawa-ketawa pastu balik. Sempat jugak lah merancang nak bbq time raya haji next week. Da lame x buat bbq ni. Gian siot.

Nway, kat sini ade dua menu eajb pkena bila balik kg. Satu tu tauhu bakar, tauhu bakar kat sini memang mabeles bro. Perrgghh, gile nikmat! Tapi malam tadi da kenyang sebab da makan kat umah, tu yang tak bernafsu sangat tu. Hehehe.

Lagi satu mee bandung, pkena plak mee bandung yang telur kuning dia cair-cair kan, peeerrrggghh lagi skali, hahah. Tapi smlm kdai tu tutup. Next time kot, hahaha

Wednesday 26 October 2011

51. Syukuri anugerah Tuhan

Tadi jalan-jalan kat blog orang, hehehe, ilangkan rasa bosan, sedih dan rindu kan, jumpa satu entri ni dia suro dengar lagu ni time sedih [terima kasih ye tuan blog]. biase dengar-dengar je kat sinetron, tapi bila perhalusi, memang kena pada diri ini. jadikan ya Allah, diriku sentiasa syukur pada Mu, aku lemah ya Allah tanpa bantuan dan pertolongan dari Mu.



D'Masiv: Jangan Menyerah

50. Blog Gay; satu pendedahan

Saya mengikuti tulisan En. Mazidul Akmal dari dulu lagi. Beliau seorang wartawan yang rajin dan tegas. Segala patah bicaranya berdasarkan fakta konkrit dan berasa. Ketegasan beliau meletakkan beliau sebagai seorang wartawan yang disegani oleh rakan dan juga lawan. Kupasan demi kupasan dibangkitkan untuk kita sedar dengan segala ketidak adilan dunia ini.

Dan kali ini, En. Mazidul telah membongkar blog gay, ya blog gay [tolong jangan muntah di depan pc anda]. Klik sini, untuk melihat kupasan En.Mazidul. Bagi saya, isu ini amat jelik sama sekali. Tambahan pula isu ini dikaitkan dengan golongan yang seangkatan dengan saya, iaitu guru. Aduh, bencana apakah yang menimpa bangsa kami ini ya Allah, ku pohon Kau ampunkanalh dosa-dosa kami, tunjukkanlah kami ke jalan yang benar ya Allah, jalan yang Engkau redhai.

Kepada mereka yang mempunyai naluri songsang ini, marilah bertaubat. saya rasa ramai kawan-kawan yang sedia membantu. carilah ustaz-ustaz, pihak jabatan agama untuk membantu anda. Insya-Allah, jika anda berusaha untuk lari dari kancah ini, anada ingin mencari hidayah, Insya-Allah, Allah akan bantu.

Kepada mereka yang didatangi oleh kaum-kaum ini untuk meminta bantuan dan sokongan moral, jangan pula anda menghina mereka, mereka sakit. Maka dengan itu, rawatlah jiwa mereka. Bantu mereka selagi terdaya, sokong mereka untuk terus mencari redha Allah.

Ya Allah, kami bermohan kepadaMu dihindarkan dari wabak penyakit, kemarau panjang, banjir besar serta bala yang tidak diduga, atas segala kesalahan kami ya Allah! Ampunkan kami, ampunkan kami, ampunkan kami...

49. Kecantikan seorang wanita

Bila anda seorang lelaki, yang ada kawan wanita yang boleh dikira bestfreind, mesti diorang ada tamya kan, "lelaki suke pompuan macam mane ek? kurus e? ke berisi sikit e?"

kan? pastu korang mesti jawab "erk...."

meminjam kata-kata Dr. Mashitah dalam salah satu ceramah dia, "Man and women are diferrent, we speak in the different language".  macam tu lebih kurang a ayat dia. dari situ memang susah sikit si perempuan nak faham lelaki, macam tu juga si lelaki nak faham pompuan kan, betol tak?

bagi saya la kan, semua perempuan tu cantik. walau pun dulu time sekolah semua ingus meleleh lagi, comot-comot, [sama je la macam lelakikan, tapi bezanya lelaki g sekolah da sikat rambut tepi, hahaha] tapi tu dulu campak je baju sekolah, bila da pandai calit-calit make up, sumer jadi cantik. tak kire la yang jenis berisi ke yang jenis kurang isi ke, pompuan tetap cantik.

la ni pulak, cara pakai tudung da macam-macam kan, belit sane, tarik sini, sangkut sana, putar sini. hehehe, tapi ingat ye kengkawan, jangan pakai tudung sebab nak cantik atau ikut fesyen tau. niat kan kerana Allah k. pastu barulah pergi yang cabang lain. kalo tak tu yang kita tengok tudung ni "on off" [kawan pompuan yang ajar istilah ni]. bagi yang mereka tak pakai lagi, semoga satu hari nanti korang terbuka hati tau nak pakai, hehehe, amin.
#comelkan upin, ipin dan kawan-kawan, tak sabar nak ade anak macam diorang, klik sini untuk wallpaper upin ipin

dalam mebicarakan kecantikan perempuan ni, saya rasa satu je la value added, atau dalam bahasa melayu canggihnya, nilai tambah yang patut ade, iaitu kesopanan. heheh, yup, orang lelaki selalu cair dengan kelembutan dan kesopanan seseorang pompuan tu.

"eleh, cam bagus je lelaki ni. nak cari yang lembut-lembut je konon,"

hahaha, cam bagus je kan lelaki cakap macam tu,. bukan, ni pendapat seorang kawan je, kawan yang selalu silap jugak.

"abih kami ni bukan saja-saja kasaq, kami ni semua adik beradik jantan. tu kami kasaq ja, kami ada pakwe jugak"
hahaha, memang ang nampak kasar, tapi percayalah, ade kelembutan dalam diri ang, yang menzahirkan sifat feminin ang sehingga mencairkan si teman lelaki ang ni, untuk terpaut pada diri ang [er...apa aku tulis ni].

ye entri ni merapu, hahaha, mana dapat ilham ni? bila ada kawan-kawan pompuan la duk tanya saya.

#ape pun kawan-kawan pompuan, bila lelaki tu da suke kat kamu, insya-Allah, dia akan terima kamu seadanya. yang macam kamu yang baik-baik ni setia terima dia. cayalah, jadi jangan segan na, yakin dengan apa yang kamu ada tau. yang belum ada, start la ni, jom jadi wanita melayu terakhir, silap-silap boleh jadi bini kedua bos. hahaha



#Bruno Mars: Marry You

Tuesday 25 October 2011

48. Appreciate your Love

There are two ways, (based on my experience), that we can learn how to appreciate our love.

#1 : The Sweet mode
You get some one who love you so much, and they are willing to sacrifice everything that they have, just only to make you happy. If you got this one, appreciate them ok!

#2 : The Hard one
Someone dumped you, the people that you caring most left you and make you cry. You feel lonely and empty. If this happened to you, just thank to Allah, because He want make you to become a better man, Allhamdulillah.

No matter what, don't forget to thank to Allah ok! Our life is a gift from Him
# Ya Allah, hambaMu ini lemah tanpa bantuanMu! Jika dia bukan untuk diriku, Kau hilangkanlah persona dirinya di dalam mindaku ini. Kau jadikanlah hambaMu ini sentiasa bersyukur aras segala nikmatMu... Amin

Monday 24 October 2011

47. Why always me

Masa: Lebih kurang kul 10.50 pagi

# berikut adalah perbualan telefon dengan peminat kipas susah mati Man U cawangan Miri, Alex Ferguson (bukan nama sebenar).

Chegu (C) : Hallaaauuu, boleh saya cakap dengan Alex Feguson?
Alex Ferguson (AF) : Allo,....hehehhehe
C : hahahhaa...amacam malam tadi? terduduk Man U?
AF : bukan terduduk je, hahaha, kecewa punya pasal sampai 3 pinggan nasi lemak jadi mangsa.
C : hahahahhahaha
AF : sekutu musuh Man U malam tadi mesej pun aku senyap je.
C : Hahahahahaha
AF : Diorang semua tulis dalam fb, "Why always me" kan Balloteli pakai baju tu masa jaringkan gol.
C : Hahhaahaha, tau-tau, abis ramai a malam tadi lari tak bayar kat mapley sebab kecewa e? hahaha
AF : bukan kecewa da, tak tau lagi nak cakap ape. baru aku rasa macam mana kekalahan Arsenal ari tu.
C : hahahaha, k la, chow dulu, hahaha
AF: ok-ok.

# berikut plak adalah sms daripada peminat Man U cawangan Pasir Gudang, Rooney (Bukan nama sebenar).


Chegu (C) : Why always me ....... Hahahaha
Rooney (R10) : ko da knape
C : Ko x tgk game mlm tadi ke? Hahaha, g tgk youtube psal game mlm td
R10 : Ci*** ... Ak tgk... mlas ak nk tgk lg

Sunday 23 October 2011

46. Wah, ada cerita korea di wayang!

Pagi-pagi bukak lama web tgv, sekali tgk ada cerita baru plak, Ra One, lakonan si Shah Rukh Khan, eh! Datuk SRK, tapi tengok, punya tengok, punya tengok, ade pla crite korea e, Sector 7, waaaa... macam menarik je, ni mesti ramai gadis-gadis nak g tengok kan, crite korea dengan gadis-gadis kan memang serasi, ibarat nasi lemak dan timun, roti canai dengan kari, teh tarik dengan buih (mode: belum sarapan, tu ingat makan je)

pepun korg layan a trailer ni,

tuk pminat Datuk Shah Rukh Khan macam aku, jom tgk Ra One,

Saturday 22 October 2011

45. Bersyukur dengan ujianMu

Setiap manusia akan diuji dengan macam-macam masalah. Selalu bila kita diuji, kita akan rasa diri kita ini sering hilang arah, keliru, dan ada yang sampai kita menyalahkan takdir, menyalah Pencipta bukan? rasa sedih, kecewa dan duka apabila sesuatu yang dirancang itu berakhir bukan seperti yang kita duga dan kita sangka. kita rasa ujian kita inilah ujian yang paling berat. mari kita lihat dan kaji bebererapa situasi dulu,

#Kewangan
"Gua miskin bro, sampai sekarang gua rasa susah, idup gua tak pernah tenang bro. Gua makan makan pun kutip sampah orang buang. lu orang mana paham! Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

#Belajar
"Saya hari-hari baca buku cikgu, saya solat, doa semua, saya buat latihan yang cikgu beri. Tapi kenape cikgu, saya masih gagal lagi? Si jalang tu walaupun tak belajar boleh lulus. Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

#Percintaan
"Aku ni, da masuk kali ke-8 aku couple. shit giler! asyik aku je kene reject. Aku da buat habis baik da, tapi diorang blah juga. sedih aku. orang lain tu, cinta pandang pertama pun da bleh kawin. Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

#Kesihatan
"Pakcik ni, dari kecik sampai ke tua asyik sakit je, dulu asma, lepas tu sihat, pakcik eksiden. Hilang kai kanan ni. lepas tu orang kasi kaki palesu. la ni pakcik obesiti, sakit jantung. Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

Dan macam-macam lagi situaskan. Allah pesan kat kita dalam al-Quran, Allah tanya kita, "Kamu kata kamu beriman? tetapi kamu masih belum lagi diuji dengan kehilangan, kelaparan dan kemiskinan!"

Pesanan tu untuk kita, Allah berbicara dengan kita melalui al-Quran. Ujian itu adalah untuk menguji keimanan kita. mungkindalam minda kita, "Kenapa ujian aku teruk-teruk? Kenapa orang lain tak diuji macam aku? Orang lain ada yang kaya, dapat rumah besar, pandai, diorang tu tak diuji pun? Diorang tak beriman ke?"

 Tak, bukan mereka tidak diuji. Segala kemewahan, kesihatan, kurniaan yang mereka dapat itulah ujian mereka. Allah uji mereka dengan kekayaan, Allah mahu lihat macam mana mereka bersyukur, ke mana mereka belanjakan kekayaan mereka.

Begitu juga dengan percintaan, Allah kurniakan kita dengan pasangan yang baik, keluarga yang sempurna, Allah mahu lihat kita bagaimanakah kita bersyukur. Bagaimana kita memimpin keliuarga menuju redhaNya. Atau kita sendiri yang akan amnbil kesempatan di atas kepercayaan pasangan, kita makan luar. itu semua ujian.

Janganlah kita bersedih, putus asa dengan kecewa. memang menjadi kerja si syaitan ini untuk membuatkan kita putus harapan dengan Allah, mereka mengajak kita membenci dan selalu menyalahkan takdir. kita kena ingat, Allah tidaka akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga kita mengubahnya sendiri.

Jika ada ujian mendatang, lihatlah di bawah kita, ada mereka yang lebih susah lagi hidup dari kita. Jika kita senang, bantulah mereka, bantulah mereka, bantulah mereka selagi terdaya.

"Ya Allah, jadikanlah diriku sentiasa sujud, syukur kepadaMu. ya Rahman, jadikanlah diriku ikhlas dalam melakukan ibadah kepadaMu,  ya Rahim, jadikanlah dunia ini senantiasa cukup bagi diriku"

#entri ini adalah tidak lain hanyalah untuk peringatan kepada diri sendiri, jika ada silap, tegurlah ye, terima kasih
klik sini  untuk melihat nota orang bunuh diri

Thursday 20 October 2011

44. Gaddafi Terkorban- Berita Gempar

Kematian pemimpin Libya, seperti dilaporkan oleh Berita Harian amat memeranjatkan. Semoga segala keadilan akan tersingkap juga satu hari nanti. Kepada mereka yang ingin menghancurkan Islam, tunggulah laknat Allah untuk kamu semua.
Lagi berita di sini , sini, dan sini juga

43. Gambar rombongan lepas PMR

Lokasi: Jelita Ostrich Farm dan kilang Yakult
Tarikh: 17 Oktober 2011

Ni gambau time jenjalan di Jelita Ostrich Farm, hehehe, First time menunggang burung unta. besar siot burung unta ni rupanya. peha dia macam kuda, patut a kuat lari,

Pas da puas terjah telur burung tu, tunggang burung tu dengan berat aku ( berat aku 1/3 dari berat dia kot). rombongan cik kiah diteruskan ke kilang Yakult

32 buah negara Yakult ni da pergi, giler berjaya Dr. Shirota ni, kalo la aku bleh pasarkan Mochacinozz D Crunchie aku macam ni kan best
#Belgium

#Brazil & Gemany

#Taiwan & Singapura

#Thailand & Philipines

Banyak lagi yang di snap, tapi takut tak suprise plak kan, kalau ada masa, korang pegilah, bleh beli air dia, murah sikit a. beli kat kilang kan, hehehe


42. Ummm... Teringin

Lokasi di bangunan Mustspha Kamal, Cyberjaya. First time sampai sini. Taklimat sampai ke petang. Aduuuhh...

Dari isnin sampai hari ni, asik keluar je, harap next week rht kat sekolah je la. Dah hari ni ade pot luck, tak dapat join, adui, mlepas nak mlantak puas- puas.

Insya-Allah, kalau sempat, saya upload kan gambau time jenjln hari isnin ari tu, hehehe.

Orang cakap nasi arab kat sini sedap. Teringin pulak, tapi takdok geng. Kalo dapat hasut budak2 keje kat putrajaya turun sini pun sedap.

Kawan- kawan lunch mana? Hari ni kan gaji, hehehe

Tuesday 18 October 2011

41. Saya lelaki yang ber'stongan'

stongan = stokin + tangan

ya, objek ini di panggil stongan,

jangan pelik jika anda lihat saya memakainya, hehehe. kepada rider-rider diluar sana, saya syorkan anda pun cari satu. amat selesa dan murah. baru RM 8. Kalo mat-mat sukan pakai pun ok, tak payah nak beli baju tight tu yang berharaga RM 25 ( Made in Siam).

Selesa beb bila menunggang pakai ni, rasanya da ramai pakai kot, saya je yang lambat, hehehe, bebudak beskal pun brader tu cakap pakai stongan ni.

cun kan kawan-kawan? hehehe
nway, ade satu lagi jenis,  yang gambau tatu tu. tapi saya rase org islam tak elok a pakai yang tu. bukan ape, Allah pesan kita kat dalam al_quran, kafir ni takkan senang selagi kita tak ikut depa. lepas tu, Allah pesan lagi, sesiapa yang mengikuti sesuatu kaum itu, dia akan menjadi seprti kaum tersebut, NAUZUBILLAH...

oo ye, niat saya pakai ni bukan nak meniru jadi pompuan plak, saya tetap maskulin k...auuuwww. cuma nak lindung kulit tangan supaya tak bebrbelang je, ye la, saye nek kuda je, takde air-cond kan, hehehe.org pompuan pakai untuk melindungi maruah, kami pakai pakai untuk lindungi kulit supaya gebu senantiasa. hehehehe

Monday 17 October 2011

40. Gambau Time Derma Darah

Tarikh: 14 Oktober 2011
Tempat: Di Institiut Pengajian Awam di Selangor


Ini gambar time proses pemindahan tu berlaku, da makin canggih da berbanding dengan kali pertama aku derma darah

Permandangan sekeliling,

juga pemandangan sekitar,

Dan sejam selepas derma,

Selepas 3 hari,

#maaflah takde gambau misi-misi yang cun.

Saturday 15 October 2011

39. Entri khas Buat Menteri Pelajaran Malaysia, Ketua SPI/BPI JPNS, dan Pengetuaku Terchenta

Kehadapan pak menteri, ketua-ketua sektor dan juga tuan pengetua yang budiman,

maaflah saya menulis entri ini, saya takut nak cakap. tapi tu la kan, boleh tak saya nak mintak excuse petang ni, adoi! hati saya memang sangat nak menurut perintah tuan-tuan yang saya hormati lagi kasihi ni. tetapi bila saya lihat kawan saya sedang berdengkur masa saya menaip entri ni, saya jadi down. saya tanya dalam diri, mampu ke saya nak gosok baju batik sambil melihat kawan saya ni berdengkur, sudah tentu tidak tuan-tuan, fahamilah saya.

kenapelah perjumpaan tu start kul 1, kenapelah pula pada hari sabtu yang hening ni, dan kenapa lah pulak di port dickson??? kenape... adoi, rasa tidak berbaloi utk saya menyetart (erk, perkataan ni salah ok!) motor saya untuk menuju ke port dickson tu time tetengah hari. beratnya kaki saya ni tuan-tuan. saya kat sekolah tu kerja-kerja picisan je, kalau saya tak datang pun tak pe kot kan.

pengetua saya yang baik dan rajin, komited tu kan ade, dia boleh je dengar amanat dari tuan-tuan yang saya kasihi. petang ni pulak ade pasar malam. terkenang plak nasi lemak pak sahak, lagi la malas saya.

tapi saya tau, saya ni timun, tuan-tuan semua durian, ye saye tahu juga saya da tanda tangan kat ayat, "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

ye tuan, saya pergi amik iron sekarang, saya gosok baju dulu ye tuan,

waaaaaaa!!!!!!!!!!!!
malasnye, sigh!!!!!

38. Angan-angan

Semua manusia ada angan-angankan, jadi saya pun nak kongsi gak angan-angan saya, cuma tak banyak a. nak kongsi part badan je la dulu. part kerjaya, kehidupan dan lain-lain tu kongsi nanti a. (pae aku tulis ni, lantaklah, bukan adae orang baca, heee)

saya selalu gak g jog,

#sumber gambar di sini

sebab saya ni  boleh tahan gak a buncit dia, hehehe (sekarang pun ado laei)
#ini bukan saya, klik sini

mane la tau kan, usaha punye usaha punya usaha. jog, workout, diet semua bagai, teringin nak badan maacam salman khan.
 #ini bukan salam khan, klik sini

barulah senang nak ngorat awek macam heliza helmi kan, hahahaha...
#ini memang heliza helmi, tengok sini

tapi tu la, semua tu angan-angan je, hehehe... tapi saya memang g jog, cuma badan macam salman khan ngan awek macam heliza tu sedikit angan-angan a kan. hahaha...

ape pun, bila angan-angan, kita usahakan, da jadi satu cite-cite. hidup mesti ada MATLAMAT kan kawan-kawan. gariskan matlamat korang dan usahakan.insya-Allah, bila usaha dan doa jalan seiiring, kejayaan tu pasti ade, tawakal je. hehehhe...

tak guna juga kalo badan gagah macam salman khan tapi bila tidur malam,
#gambar hiasan, klik sini

kita gagal bangkit subuh. angkat berat berkilo-kilo, tapi selimut yang lembut tu pun tak laratkan. Subhanallah.

ingatan ini bukan untuk sesapa pun, melainkan untuk diri saya sendiri, dalam sibuk mengejar badan macam salman khan dan awek macam heliza helmi, saya berdoa supaya saya tidak lari mencari cita-cita yang sebenar, berbahagia di akhirat sana bersama RABBUL -JALIL.

beringat sebelum terkena, bertaubat sebelum telambat.

#kawan-kawan ingatkan saya ya kalau saya tersilap, terima kasih!

Friday 14 October 2011

37. Derma darah

Da lama x derma darah, ari ni jmp plak PDN, hee.. Gamanbr menyusul kmudian

36. Hiburan pilihan minggu ini

Kepada sesiapa yang tengah bersedih, meh dengar lagu pilhan saya ni meh. Lagu ni ada mesej yang baik untuk kita, dengar ye


Pastu kalo da faham mesej dia nak samapaikan, korang layan plak lagu ni, tuk mengubat hati ye, heeee.... =)


Dengar dengan telinga hati (erk! ade ke) pandang dengan mata hati (yg ni betul la) mesej  yang lagu ni sampaikan kat kite.

Thursday 13 October 2011

35. Khutbah Khamis

#karya Hassan Musa, Sudan, klik sini  


Hari ini hari khamis, hehe, sok da Jumaat kan, biase orang dengar Khutbah hari Jumaat kan? ni bukan khutbah pun cuma perkongsian ilmu sesama kkita kan. seperti firman Allah dalam surah al- Asr;

Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugiaan (2) Kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran (3)

Jadi, saya sebagai manusia yang cetek ilmu ni, ingin la mengajak kawan-kawan sama bertukar-tukar pendapat dan juga ilmu. seperti mana firman di atas, Allah mengajar kita supaya menegur secara kebenaran dan kesabaran. ini boleh kita simpulkan, teguran yang ingin kita sampaikan haruslah di beri dengan penuh hikmah. bak kata orang melayu, seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Baiklah, kita msuk ke tajuk utam kite ari ni (la, mukhadimah je tadi) saya ingin bercerita, berkongsi tentang putus cinta, hehehe, (jangan gelak ye). Ye la, putus cinta ni satu fenomena biasa kan. tak kire lah kite putus cinta dengan siape pun. siape tinggal siapa, siape benar siapa salah selalu dijadikan isu. sebelum kita pergi lebih jauh, jo kite lihat beberapa situasi dulu sebelum sama-sama berpikir.

sitiuasi 1:
saya sudah bercinta dengan awek ni da sebulan da. dia jumpa bangla, dia terus pergi kat bangla tu. keciwa saya. sedih saya, dia lah cinta agung saya, sayas rasa da putus harapan. korang tak rasa macam saya rasa. wuwuwuwu...

situasi 2:
saya da 3 tahun bercinta, semua saya da serahkan, sampai harta saya pun saya da kasik kat jantan tu. tapi sampai ati dia tinggalkan saya. keciwa saya. sedih saya, dia lah cinta agung saya, sayas rasa da putus harapan. korang tak rasa macam saya rasa. wuwuwuwu...

situasi 3:
saya da bercinta dengan dia selama 2 tahun, kami tunang, tapi rupanya dia ada skandal dengan orang lain. slepas sebulan kami tunang, dia lari tinggalkan saya ikut skandal dia. keciwa saya. sedih saya, dia lah cinta agung saya, sayas rasa da putus harapan. korang tak rasa macam saya rasa. wuwuwuwu...

situasi 4:
Kami dah bercinta lama, 4 tahun, semalam kami kawin, hari ini dia dilanggar lori, dia meninggal dalam kemalangan. keciwa saya. sedih saya, dia lah cinta agung saya, sayas rasa da putus harapan. korang tak rasa macam saya rasa. wuwuwuwu...

situasi 5:
Saya tak pernah bercinta walau umur da 60 tahun. keciwa saya. sedih saya, dia lah cinta agung saya, sayas rasa da putus harapan. korang tak rasa macam saya rasa. wuwuwuwu...


itulah beberapa contoh situasi yang cuba saya gambarkan. sebenarnya, bila kita bersedih, putus cinta, kita rasa diri kita nilah yang paling malang. kita rasa hidup ini tidak adil. cinta yang ditabur tidak menghijau seperti yang disangka. semua keindahan itu direntap angkara satu pihak yang tidak dapat memenuhi janji.

tapi kita pernah terpikir tak. dalam kesusahan kita, ada lagi insan yang lebih malang dari kita. situasi pertama, bercinta sebulan,tapi kecewa sampai putus harapan . cuba kita lihat ade manusia lain yang bercinta, berkahwin bagai putus juga. semua ini perjalan milik Ilahi, Dia menetukannya. jadi kengkawan, janganlah sedih  sampai putus harapan.

orang alim selalu berpesan kepada kita. bila kita melihat nikmat dunia yang kita dapat ni, jangan lah kita bandingkan dengan orang di atas kita. tetapi bandinglah dengan orang lagi bawah dari kita, orang yang susah dari kita. supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Bersyukurlah jiwa, sujudlah kamu memuji yang Esa.

#pesanan ini tak lebih untuk diri sendiri saja. pada yang membaca, terima kasih, salah tegur la ye.

Wednesday 12 October 2011

34. Gambar jenjalan

Lokasi: Sekitar kampung dan jalan nak balik kampung (boleh ke)
Tarikh: 7-9 Oktober 2011

da lame da aku nak bubuh gambau ni kat blog aku, hehehe, la ni baru sempat. gambau ni aku amik kat kawasan empangan. cantik wooo!!! kalo wat gambau kawin, gerenti meletop... hehehe (promote kampung sendiri)






heheh, cantik tak? cantik kan (puji diri sendiri), gambau bawah ni plak fenomena biasa kalo duduk kat kawasan2 berbukit bukau dan berselekoh tajam, mat2 motor besau ni, fuiiissshhhh.... zium, zium...hahahaha, main banteng je diorg.






Tuesday 11 October 2011

33. Pengalaman Jaga Periksa (Hari Terakhir)

Syukur, Alhamdulillah, usai sudah tugas menjaga perikse. Ari ni ari last, paper bahasa. Pengalaman baru kan. Tapi pasni kalo boleh elak, nak elakna. Bukan malas, tp x kene dgn jiwa yg suka huha huha ni, ngantuk giler, zzzzz...

Ari ni ari last, tn pengetua skolah tu pun blanje makan tgh hari, pe lagi, balun la kan. Hehehe, kpd team jaga perikse, saya mintk maap bebnyk kalo t'slh silap ye (macam diorg baca je) hehehe...

Kepada semua pelajar, selamat maju jaya!!!

Monday 10 October 2011

32. Pengalaman Jaga Periksa (Hari Keempat)

Dalam banyak2 hari, nampaknya hari ni paling mencabar. kalau dalam cerita, hari ini boleh lah dianggap sebagai klimaks, hehehe. nak tau sebab ape, jom kite terjah. hahaha.

seperti biase, hari yang hening pagi ni. budaka2 pun perikse a macam biase,. abis satu paper, g la masing2 rehat.  sekali da dekat nak masuk dewan tuk ambik paper kedua, boleh pulak budak2 ni wat drama. pergi bertumbuk, aduiyai... berdarah-darah. hampeh btol a, da nak perikse pun buat hal. pagi tadi pengetua diorang kemain pesan lagi, jaga adab tatasusila, adui...

teruk juga la kan kes gaduh ni, abih je perikse, polis pun g la menemuramah diorg2 yang terlibat. aku sempat ambik gambau mangsa, kesian mangsa yang tak bersalah.


kesian siot, tinggal 3 kaki je... sob, sob, sob...

Thursday 6 October 2011

31. Pengalaman Jaga Periksa (Hari Ketiga)

Hari ketiga, paper yang aku ajar kat budak2 ni, da pun mereka jawab pagi tadi, hehehe, pagi2 sblm jaga pikse, g la kejap lari kat sekolah, bagi semangat skit anak murid kan nak jawab pikse, pastu, agak2 t'kawal je. Aku pun lari la dekat sekolah yang aku jaga pikse ni. Peh tu, tawakal je la kan, ape budak ni nak balun. Hehehe...

Masa jaga exam tu, sempat jugak jeling2 soklan, nak pegang skrip tu takut plak, budak baru katakan. Tgk soklan die takdop la susah snagat, gambau ade, rumus ade, kalo tak bleh makan gak, mmg nak kena sunat a tu.

Pastu rehat, lari balik skolah aku. Budak2 dengan kerek,
"soalan senang skit cikgu," depa teriak.

Cis, sempat plak korg nak eksen ngan aku e, aku malas nak layan. Senyum kambiang skik.
"saya makan dulu, jap lagi kalau ada nak tanya, tanya saya," beritahu aku.

Pahtu, aku balun mee hoon pakcik sebungkus, cuci mulut, teguk air, terus ngadap depa. Diorg tanya, Aku jawab. Aku tanya, diorang tanya Ku balik, hamPeh! Memang cerah aku cakap.

Pastu lbh kurang ok. Aku tinggalkan diorg. Balik ke pusat, jaga anak orang nak amik exam. Skali bile da edar2 kan kertas. Duk semak pny semak, aku tgk takdop soalan transformers. Aduih, parah ni. Pny la famous amos soklan tu time trial ari tu. Aduh aku cakap. Parah ni. Tapi soklan yg kluar tu senang kot. Bnyk form 1.2 je.. Form 3 skik je. Plik plak aku. Mcm soklan aras rendah pun ade, tapi tu pandangan aku jek, jgn plqk aku kn saman t. Ok, kt zipp...

Papepun, harap pasni anak2 murid dpt blaja dari kesilapan dan jgn putuih asa untuk trus b'usaha. Kan kan kan...

Transformer ini...

bukan ini ye...


Wednesday 5 October 2011

30. Pengalaman Jaga Periksa (Hari Kedua)

Zzzzzz.....
TIDURRR...

Macam tu la citernye, ramai bebenor hah membuta time jawap exam. Lagi-lagi paper yang diorg baca diorang x faham. Bantai lelap je mata. Macam-macam gaya ada. Kuak lentang, kuak dada, hehehe, asal boleh lelap je. Selamat la takde yang berdengkur. Time paling x boleh blah bila tetiba budak yang tido tu tersentak... Kedegang... Hahaha..

Dulu-dulu aku pun kuat tido gak time perikse, hehehe, feeling beb, (sebab x daPat jawab pun ye gak) hahaha...

Ape pun, sok paper yang aku ajar, hehehe, da dekat 7 bulan budak-budak ni aku blasah, sok diorg akan muntah kan semua (harap-harap semua la). Semoga depa dapat menjawab exam dengan tenang dan dipermudahkan mengingat dari Allah SWT. Malam ni kamu semua pulun abis-abis no.

Tuesday 4 October 2011

29. Pengalaman Jaga Periksa (Hari Pertama)

HAri ni 1st time jaga periksa rasmi, hehe, cuak gak. Teringat plak zaman memuda dulu time kat U dulu. Antara dialog yg biasa dibualkan dgn kengkawan time blk perikse;

"Perrggghh!!! Cun siot awek yg jg perikse kat Dewan Coklat, rugi siot ko x tgk. Ko pikse kat mane tadi?" tanya si A.
"Aku kat Dewan Merah, ada sorang gak cun tadi, aku dok perati jek. Dia pun mcm dok usya aku je," perasan si B.


Hehe, tu la bende yang paling common skali kitorg kengkawan bincang. Bukan dok pikir pikse tadi tu kantoi ke idak, hahaha. Agak2 ade ke x budak2 tu bincg pasal aku? Hahaha..

Tadi bile duk semak budak2 punye i/c, slip pikse, ktawe jgak dlm ati. Ye la, dlm gambau i/c kuruih ada, sihat ade, sepet ade, skema pun ade... La ni, da jadi anak teruna ngan gadis pinggitan, aduih, berubah hah. Masing2 segan plak tu nak tnjk i/c memasing, hihihi, kalo da tingkatan 5 t lagi la berubah gamaknya, heehe. Agaknya time aku sekolah pun mcm tu kot. Pengawas2 tu pakat2 gelak tgk gmbr i/c kami.

Monday 3 October 2011

28. Gambar time jenjalan.

Tarikh: 30 Sept.- 2 Sept. 2011
Lokasi: Disekitar PWTC, dan Kuantan.









# Apapun kawan-kawan, senyum dan syukur, Alhamdulillah.

27. Dub dab dub dab

1st time kn jaga exam rasmi, gile kentang, cuak giler...

Sunday 2 October 2011

26. Hari ke-7

Syukur, malam ni dah hari ketujuh tanpa hubungi dia. Syukur, Alhamdulillah.
Ya Allah, ku tiada daya & kekuatan tanpa izinMu, ku mohon ya Allah, kekuatan dan bantuan dariMu, Tuhan yang Mengatur setiap perjalanan mahklukMu ya Allah. Bantulah hambaMu, bantulah hambaMu ya Rahman, bantulah hambaMu ya Rahim...
Syukur, syukur, syukur... Alhamdulillah

Saturday 1 October 2011

25. Cuti

Syukur, membe ajak pusing2 pantai kat Kuantan ni, terubat juga hati, heehe. Kalau semalam kena bawa budak sekolah kat area PWTC, pastu. Boleh pula HEM ni rancang peegi port dating zaman memuda, mleleh juga air mata hati ku, hahaha. Apa pun, semuanya kt kena tempuh. Syukur, syukur, syukur... Alhamdulillah!