Tuesday, 20 September 2011

1. Assalamualaikum

Assalamualaikum dan Bismillah pembuka bicara,
mohon diterus bicara kita.
tempat dicoret, dicerita, dikongsi rahsia,
semoga kita bersua muka.


Baca Al-Fatihah sebagai pembuka,
supaya kita diberkati sentiasa,
jangan kita kejar dunia,
kelak binasa jika alpa.


 Al-Fatihah...
(1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekali alam.
(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(4) Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari Akhirat).
(5) Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Jumpa kita dilain muka,
semoga kita kuat sentiasa,
kepada Allah kita berdoa,
Tawakal kita segala usaha.

No comments: