Disuruh anak pergi sembahyang,
Bersembahyang anak tiga rakaat;
Sehingga ditinggal orang disayang,
Termenung diriku terkulat-kulat.
Bersembahyang anak tiga rakaat,
Menyesal pula kerana derhaka;
Termenung diriku terkulat-kulat,
Mengadu diriku pada yang Esa.
Menyesal pula kerana derhaka,
Duduk si anak bertemu ibu;
Mengadu diriku pada yang Esa,
Memohon doa dirawat kalbu.
Bersambung di sini...
2 comments:
Wah, ternyata Malaysia dan Indonesia yg serumpun punya budaya pantun yang mirip... Mari bersama kita lestarikan
Biasa-biasa saja, hahaha
Post a Comment