Saturday, 22 October 2011

45. Bersyukur dengan ujianMu

Setiap manusia akan diuji dengan macam-macam masalah. Selalu bila kita diuji, kita akan rasa diri kita ini sering hilang arah, keliru, dan ada yang sampai kita menyalahkan takdir, menyalah Pencipta bukan? rasa sedih, kecewa dan duka apabila sesuatu yang dirancang itu berakhir bukan seperti yang kita duga dan kita sangka. kita rasa ujian kita inilah ujian yang paling berat. mari kita lihat dan kaji bebererapa situasi dulu,

#Kewangan
"Gua miskin bro, sampai sekarang gua rasa susah, idup gua tak pernah tenang bro. Gua makan makan pun kutip sampah orang buang. lu orang mana paham! Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

#Belajar
"Saya hari-hari baca buku cikgu, saya solat, doa semua, saya buat latihan yang cikgu beri. Tapi kenape cikgu, saya masih gagal lagi? Si jalang tu walaupun tak belajar boleh lulus. Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

#Percintaan
"Aku ni, da masuk kali ke-8 aku couple. shit giler! asyik aku je kene reject. Aku da buat habis baik da, tapi diorang blah juga. sedih aku. orang lain tu, cinta pandang pertama pun da bleh kawin. Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

#Kesihatan
"Pakcik ni, dari kecik sampai ke tua asyik sakit je, dulu asma, lepas tu sihat, pakcik eksiden. Hilang kai kanan ni. lepas tu orang kasi kaki palesu. la ni pakcik obesiti, sakit jantung. Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

Dan macam-macam lagi situaskan. Allah pesan kat kita dalam al-Quran, Allah tanya kita, "Kamu kata kamu beriman? tetapi kamu masih belum lagi diuji dengan kehilangan, kelaparan dan kemiskinan!"

Pesanan tu untuk kita, Allah berbicara dengan kita melalui al-Quran. Ujian itu adalah untuk menguji keimanan kita. mungkindalam minda kita, "Kenapa ujian aku teruk-teruk? Kenapa orang lain tak diuji macam aku? Orang lain ada yang kaya, dapat rumah besar, pandai, diorang tu tak diuji pun? Diorang tak beriman ke?"

 Tak, bukan mereka tidak diuji. Segala kemewahan, kesihatan, kurniaan yang mereka dapat itulah ujian mereka. Allah uji mereka dengan kekayaan, Allah mahu lihat macam mana mereka bersyukur, ke mana mereka belanjakan kekayaan mereka.

Begitu juga dengan percintaan, Allah kurniakan kita dengan pasangan yang baik, keluarga yang sempurna, Allah mahu lihat kita bagaimanakah kita bersyukur. Bagaimana kita memimpin keliuarga menuju redhaNya. Atau kita sendiri yang akan amnbil kesempatan di atas kepercayaan pasangan, kita makan luar. itu semua ujian.

Janganlah kita bersedih, putus asa dengan kecewa. memang menjadi kerja si syaitan ini untuk membuatkan kita putus harapan dengan Allah, mereka mengajak kita membenci dan selalu menyalahkan takdir. kita kena ingat, Allah tidaka akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga kita mengubahnya sendiri.

Jika ada ujian mendatang, lihatlah di bawah kita, ada mereka yang lebih susah lagi hidup dari kita. Jika kita senang, bantulah mereka, bantulah mereka, bantulah mereka selagi terdaya.

"Ya Allah, jadikanlah diriku sentiasa sujud, syukur kepadaMu. ya Rahman, jadikanlah diriku ikhlas dalam melakukan ibadah kepadaMu,  ya Rahim, jadikanlah dunia ini senantiasa cukup bagi diriku"

#entri ini adalah tidak lain hanyalah untuk peringatan kepada diri sendiri, jika ada silap, tegurlah ye, terima kasih
klik sini  untuk melihat nota orang bunuh diri

6 comments:

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

Time Blog Walking

Betul2 tu.....apa saja yang berlaku..untuk kebaikka...untk jadi lebih baik kan

Kalau sudi kunjung2 di blog cayob yang tak seberapa ini.........
www.cayob.com

Chegu said...

Selalu bro limpas blog kamu (btol ke ckp sabah ni) hahaha, sama2 kongsi ilmukan, tq bro.

http://www.mazidulakmal.com/2011/10/catatan-9-bulan-sebelum-membunuh-diri.html?m=1

Aweyn said...

manusia adalah hamba yg sentiasa alpha utk mensyukuri nikmat yg tlh diberikn. selalu merasa kekurangan walhal byk lg yg serba kekurgn d luar sna

Chegu said...

betol, betol, betol...

saadah saadun said...

setiap apa yang berlaku kan ada hikmahnya yang tersendiri. :D

Chegu said...

setuju2, sayitan je jahat sbb hasut kite supaya tak bersyukur