Wednesday, 26 October 2011

49. Kecantikan seorang wanita

Bila anda seorang lelaki, yang ada kawan wanita yang boleh dikira bestfreind, mesti diorang ada tamya kan, "lelaki suke pompuan macam mane ek? kurus e? ke berisi sikit e?"

kan? pastu korang mesti jawab "erk...."

meminjam kata-kata Dr. Mashitah dalam salah satu ceramah dia, "Man and women are diferrent, we speak in the different language".  macam tu lebih kurang a ayat dia. dari situ memang susah sikit si perempuan nak faham lelaki, macam tu juga si lelaki nak faham pompuan kan, betol tak?

bagi saya la kan, semua perempuan tu cantik. walau pun dulu time sekolah semua ingus meleleh lagi, comot-comot, [sama je la macam lelakikan, tapi bezanya lelaki g sekolah da sikat rambut tepi, hahaha] tapi tu dulu campak je baju sekolah, bila da pandai calit-calit make up, sumer jadi cantik. tak kire la yang jenis berisi ke yang jenis kurang isi ke, pompuan tetap cantik.

la ni pulak, cara pakai tudung da macam-macam kan, belit sane, tarik sini, sangkut sana, putar sini. hehehe, tapi ingat ye kengkawan, jangan pakai tudung sebab nak cantik atau ikut fesyen tau. niat kan kerana Allah k. pastu barulah pergi yang cabang lain. kalo tak tu yang kita tengok tudung ni "on off" [kawan pompuan yang ajar istilah ni]. bagi yang mereka tak pakai lagi, semoga satu hari nanti korang terbuka hati tau nak pakai, hehehe, amin.
#comelkan upin, ipin dan kawan-kawan, tak sabar nak ade anak macam diorang, klik sini untuk wallpaper upin ipin

dalam mebicarakan kecantikan perempuan ni, saya rasa satu je la value added, atau dalam bahasa melayu canggihnya, nilai tambah yang patut ade, iaitu kesopanan. heheh, yup, orang lelaki selalu cair dengan kelembutan dan kesopanan seseorang pompuan tu.

"eleh, cam bagus je lelaki ni. nak cari yang lembut-lembut je konon,"

hahaha, cam bagus je kan lelaki cakap macam tu,. bukan, ni pendapat seorang kawan je, kawan yang selalu silap jugak.

"abih kami ni bukan saja-saja kasaq, kami ni semua adik beradik jantan. tu kami kasaq ja, kami ada pakwe jugak"
hahaha, memang ang nampak kasar, tapi percayalah, ade kelembutan dalam diri ang, yang menzahirkan sifat feminin ang sehingga mencairkan si teman lelaki ang ni, untuk terpaut pada diri ang [er...apa aku tulis ni].

ye entri ni merapu, hahaha, mana dapat ilham ni? bila ada kawan-kawan pompuan la duk tanya saya.

#ape pun kawan-kawan pompuan, bila lelaki tu da suke kat kamu, insya-Allah, dia akan terima kamu seadanya. yang macam kamu yang baik-baik ni setia terima dia. cayalah, jadi jangan segan na, yakin dengan apa yang kamu ada tau. yang belum ada, start la ni, jom jadi wanita melayu terakhir, silap-silap boleh jadi bini kedua bos. hahaha



#Bruno Mars: Marry You

6 comments:

AdrinaPutri said...

^_^ hehe

Chegu said...

Teringat pakwe letteewww cik adrina ye idok

saadah saadun said...

yang bab pakai tudung tu aku sendiri pening. kadang-kadang fesyen tudung skrg aku tgk dah sgt memedihkan mata. ada yang macam mop lantai. ada yang macam jaring jala ikan. yang tak tahan, jadi fenomena. *pengsan*

Chegu said...

Haha, biase la tu adda, org pompuankan suka yg cantik2, hehe, ade nilai estetika gitu

noraauliyya said...

setengah perempuan jadikan tudung sebagai fashion.. or hanya pakai bila ada majlis2 kenduri, kesyukuran.. xdo pekdahnya yong ...

Chegu said...

hehe, biase a tu, semoga dari situ timbul niat utk berdakwah plak kan