Sunday, 20 November 2011

74. Hujan

Hujan,
hujan turun lagi,
bertemankan sepi,
di waktu pagi,
melekakan diri,
enak dibuai mimpi.

Hujan,
hujan turun lagi,
sejuk sekali,
membasahi bumi,
alam diselimuti,
titis jatuhnya didengari,
bagai alunan sebuah simfoni.

Hujan,
hujan,
hujan,
Hujan turun lagi.

#hujan-hujan ni, dapat goreng ubi, minum teh tarik, perggghhh...ape pun, sekarang musim hujan, jadi kalo keluar sediakan payung, nek motor bawak baju hujan, pandu berhati-hati. kalau lebat, berteduh di tempat selamat, pandu kereta perlahan-lahan, dan buka lampu jika perlu.

3 comments:

Ayu Aurora said...

betul tu.. suhu setempat dh jadi mcm cameron pulak =D .. time tidur paling best wkt hujan

iKhRam said...

hahha
kalau dok hostel cams aya nie.. hujanla masalah paling besar..

sebab tak leh nak ke mana2..

Chegu said...

ayu: tido banyak sangat, kpale saye pun da pening ni, hehehe

ikhram: aku pun sangkut ni bro, selagi takde kenderaan berbumbung, tgk je la ujan turun