Saturday, 31 December 2011

88. Assalamualaikum dan selamat malam...

Semoga rakan-rakan sihat selalu, semoga kita semua sentiasa di bawah keampunan, keredhaan dan rahmat Allah S.W.T.

Segala salah silap, saya mohon ampun, jika berlaku perkara yang mengguris perasaan, terkasar budi bicara dan sebagainya. maaf, maaf dan maaf semua.

Semoga kalian semua semua sihat dan ceria selalu.


Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Thursday, 22 December 2011

87. Result sains sekolah saya... SYYYYYYYYUUUKKUUURRRR!!!

Yang pertama Alhamdulillah,
yang kedua tahniah...


syukkuuuurrr... klik gambau ye nak besarkan.

calon: 18
A: 2
B: 5
C: 6
D: 4

heehehehe, tahun pertama persembahan saya, syuukuuurrr...

86. Dub dab dub dab...

10:41 pagi... Tak sampai lagi result pmr kat sekolah... Aduii...

Dub dab dub dab...

Tuesday, 20 December 2011

85. Percayalah, mereka sangat manis...

Bila lihat video ni kat youtube, saya rasa amat2 romantik. dan tak sangka ade mamat yang sebegini kiut akan buat bende macam ni. semoga Allah permudahkan hidup mereka, dan berkekalan hingga hujung nyawa... Amin!!

Tahniah kamu berdua....



sangat-sangat manis kan kawan2?

Sunday, 18 December 2011

84. Mimpiku

Awan itu ada
Konkrit rupanya
Lembut rasanya
Ingin digapai
Tangan tak sampai
Akal tak capai
Argghh...
Banyak benar mimpiku
Masakan bisa ku dakapi mu
Jika kaki terpasung di batu
Tapi
Tiada daya tanpa usaha
Jangan mengalah sebelum kalah
Atur strategi gerakan kaki
Apa terjadi izin Ilahi
Menjadi mimpi satu realiti.

jam 2231, 17 Disember 2011

Saturday, 17 December 2011

83. Musim durian

Musim durian datang lagi,kat kebun ni pun baru belajar gugur. Meh la datang segamat.

Jemput makan.

# lama tak ngadap komputer, tu malas nak update. Pakai happe ni, xde nafsu sngt nak tulis entry. Ape pun, isnin ni blk skolah jap. Ok la tu, cuti da lame sngt, b'lemak da badan ni rasenye hehe.

Saturday, 3 December 2011

82. Blup, blup, blup...

Ape la aku nak buat ni... Tggu je la semua balik nampaknye

Blup... Blup... Blup...

Lemas dalam sekolah sendiri.

Thursday, 1 December 2011

81. Empat bersaudara

Lame da tak masukkan gambau dalam blog ni, sebab cuti panjang kkan. duk kat umah, online pakai happe  je. so tak dapat  a nak masukkan gambau2 yang best.

Cuti ni, ade perkara menarik walaupun banyak yang bosan, sebab bangun, makan, tido je. bosan kan? macam nak mintak keje part-time je, badan pun makin debab a macam ni.

 Perkara yang menariknya sebab ade empat bersaudara, sape tu? jom tengok gambau bawah ni
#ni la die empat  bersaudara, empat ekor anak arnab yang muda lagi, hehehe, lahir pada tanggal 16 november lalu. pagi2, banagun, saye dan mak saye akan menyusukan diorg, hahaa, kiut gileer weh... lapor gile diorang, mak saye terpakse pegang mak arnab tu, takut die sepak anak die. arnab ni tak macam kucing. kuccing rilek je kasi nyusu kan

#besar tapak tangan je. semalam baru bukak mate besar2. tak, sepet je macam aku. hahahaa

sape nak kawin,, nak try tengok mampu jaga famili ke tak, try a bela binatang, tengok korang bleh sabar tak kan. hehehehe

80. Ombak Rindu

Sekumpulan gadis bersiap-siap nak keluar, nak layan ombak rindu letttuuuw...

Haish, tak bleh jadi ni, mesti nak tonton gak.

Monday, 28 November 2011

79. Kiciwa

Biarpun semalam da verlalu, puluhan ribu komentar telah dibuat, bnyk luahan tela didengar, aku tetap juga nak ceritaka. Kekecewaan aku tentang game Malaysia malam semalam.

Malam tadi, Aku rasa da jadi malam gemilang da, gol yang dibuat pun bukan calang-calang. Cantik tu be. Kemain aku, abah aku ngan anak buah aku bersorak bagai nak rak.2-0, yahhuuu... Jerit kami.

Jam 10.30, aku kena pegi amik mak aku kat Balai Islam. Mak aku ade pogram maal hijrah untuk kaum-kaum ibu. Masa tu game tinggal minit 82 tak silap. Dengan yakin, start kenderaan, gi amik mak aku.

Dalam perjalanan tu sempat jugak la tengok brader jual berger tu pasang tv, tersenyum lagi, sebab terbayang kemenangan Malaysia. pastu terbayang plak susana kat stadium, mapley dan kedai2, mesti gamat punye. Bestnye kata aku kalau dapt join diorang, hehehe.

Pas da amik mak aku, sampai je umah, anak buah aku pun cakap, "kalah cu, Malaysia kalah, 2-3, nenek bawak ape nek?" tanya anak sdare aku pada mak aku, nak mentakedarah a tu.

"haaahhhh..."teperanjat aku. Sepuluh minit je, semua berubahkan. Kuasa Allah.

Tuesday, 22 November 2011

78. Forza

PALEMBANG: Akhbar di sini melaporkan bahawa Angkatan Nasionalis Buruh Indonesia di Malaysia atau singkatannya, ANBUINDO, ingin mengumpulkan ahlinya untuk bersama-sama melakukan rapat umum sebagai bantahan kemengan TIMNAS Malaysia di dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea semalam.

"Kami enggak bisa terima kekalahan, kami akan melakukan rapat umum ini. ayooo rakan-rakan. Tingalin bangunan-bangunan yang kamu binain. Mari kita protes, protes!" pekik kepala ANBUINDO, Wak Rio Asrowidjoyo.

 Rapat umum mereka juga turut disertai oleh Ikatan Amah-Amah Indonesia Keren, (IAMIK). Setiausaha agongnya, Bibik Cempaka Bunga, berpendapat, " iya, kami, bibik-bibik sudah menerima pelawaan untuk menyertai rapat ini ya. Kami sedang menimbangin ya. Itu, itu, itu bisa atau enggak ya. Tapi kami tatap ya, itu, itu, itu Forza Indonesia ya."

 Rentetan daripada itu, pihak-pihak majikan di Malaysia telah menyediakan beberapa makanan ringan sebagai persedian, takut-takut, amah mereka menyertai rapat ini dan menolak untuk menyediakan makanan keluarga mereka.


  #gurau ya pamana-paman, bibik-bibik ya, semoga Harimau bisa bertemu Garuda lagi ya pak, apa pun, Forza Indonesia, Forza!!!

Monday, 21 November 2011

77. Adrenalin

Lokasi: Restoran Al-Fariz Maju, Bandar Baru Bangi.

#panas, hangat, terbakar. Sama berpeluh macam player dalam padang. Pemain ke-12, crowd di sini. Hanya doa dan semangat dikirim ke Gelora Bung Karno.

76. Syukur

Ya Allah...
Jadikanlah diriku sentiasa sujud padaMu,
Jadikanlah diriku sentiasa syukur di atas rahmatMu,
Jauhlahkanlah diriku dari sifat mazmumah seperti riak, takabbur, ujub dan sombong,
Jadikanlah setiap ibadatku ikhlas untukMu


Sunday, 20 November 2011

75. Contest dari Pak Lan

Bismillah...

Burung berkicau di pagi hari,
cantik bulunya berwarna coklat;
 Akulah Pak Lan blog dikenali,
 menulis Pak Lan segala hikayat.

Cantik bulunya berwarna coklat,
terbang siburung mencari rezeki;
 Menulis Pak Lan segala hikayat,
 April 2011 mula berkongsi.

Terbang siburung mencari rezeki,
rezeki yang ada dibawa pulang;
 April 2011 mula berkongi,
 kongsi pengalaman dengan orang.

Rezeki yang ada di bawa pulang,
riang si anak berkicau ria;
 Kongsi pengalaman dengan orang,
 entri ditulis penuh bersahaja.

Riang si anak berkicau ria,
Meriah sungguh di dalam sarang;
 Entri ditulis penuh bersahaja,
 membuat pengunjung tersenyum riang.

Meriah sungguh di dalam sarang,
belajar si anak terbang tinggi;
 Membuat pengunjung tersenyum riang,
 terbayang Pak Lan nakal sekali.

Belajar si anak terbang tinggi,
kepak dikuak tanda bersedia;
 Terbayang Pak Lan nakal sekali,
 memang dia orang gila-gila.

Kepak dikuak tanda bersedia,
Si ibu perhati dengan harapan;
 Memang dia orang gila-gila.
 dalam hatinya penuh taman.

Si ibu perhati dengan harapan,
pandang anak memberi berkat;
 Dalam hatinya penuh taman,
 walau cinta sentiasa disekat.

Pandang anak memberi berkat,
barulah si anak berasa yakin;
Walau cinta sentiasa disekat,
hidup Pak Lan tetap "maintain".

Barulah si anak berasa yakin,
terbang si anak terus mencuba;
 Hidup Pak Lan tetap "maintain",
 dibuat "contest" ada hadiahnya.

Terbang si anak terus mencuba,
terbang melihat dunia yang luas;
 Dibuat "contest" ada hadiahnya,
 takkan ku biar hadiahnya terlepas.

Terbang melihat dunia yang luas,
Memandang si anak ibunya gembira;
 Takkan ku biar hadiahnya terlepas,
 Hadiahnya "speaker stylo" pula.

Memandang si anak ibunya gembira,
Terima kasih ibu bisik si anak;
 Hadiahnya "speaker stylo" pula
 boleh menjadi radio bergerak.

Terima kasih ibu bisik si anak,
terbang si anak meluncur laju;
 Boleh menjadi radio bergerak,
 menjadikan diriku tambah bernafsu.

Terbang si anak meluncur laju,
menjadi si anak burung dewasa;
 Menjadikan diriku tambah bernafsu,
 dapat radio peneman kerja.

Menjadi si anak burung dewasa,
tamatlah sudah tugas si ibu;
 Dapat radio peneman kerja,
 tolonglah Pak Lan kasi aku.

 #inilah dia speaker yang canggih, Pak Lan, nak satu... kawan-kawan, gi la join, bleh dapat percume, Pak Lan ni orang kaya, korang pow je, g klik sini dan sini.

74. Hujan

Hujan,
hujan turun lagi,
bertemankan sepi,
di waktu pagi,
melekakan diri,
enak dibuai mimpi.

Hujan,
hujan turun lagi,
sejuk sekali,
membasahi bumi,
alam diselimuti,
titis jatuhnya didengari,
bagai alunan sebuah simfoni.

Hujan,
hujan,
hujan,
Hujan turun lagi.

#hujan-hujan ni, dapat goreng ubi, minum teh tarik, perggghhh...ape pun, sekarang musim hujan, jadi kalo keluar sediakan payung, nek motor bawak baju hujan, pandu berhati-hati. kalau lebat, berteduh di tempat selamat, pandu kereta perlahan-lahan, dan buka lampu jika perlu.

Saturday, 19 November 2011

73. Siaran tergendala

Lebih kurang jam 8.00 malam semalam, sehingga pukul 1.00 petang sebentar tadei, blog ni tak bleh masuk, ape ke hey nye yob!!! tension gile. ntah kenape ntah, rase bil air dan bil api da dijelaskan, takkan lah bil utiliti tu ade kena menggena ngan  google. duit sewa umah lagi la tak berkaitan.

ari tu ade bace kat blog Rasa Hati, dia pun kena macam tu, adakah sebab kami orang Johor, kami didiskriminasi oleh pihak google? mungkin tidak juga, jadi kenapa kah? adekah staff google dengki dengan guru di Malaysia yang akan bercuti lebih kurang 6 minggu bermula hari ni, hingga aku menjadi salah seorang mangasa mereka?

tapi biarlah misteri itu kekal bersama google, kekadang geram gak, perkhidmatan yang disediakan ni menggecewakan. tika saya baru nak menggenal dunia blog ni, balasan sebegini pula yang dapat, ibarat susu di balas tuba. hahaha

cukup lah drama tu kan, pagi tadi, bertempat di Danau UKM, saya jadik mc tu satu majlis penyampaian haidah pelajar-pelajar KAFA. Syukur, kerja ni saye buat lame da ngan tokey KAFA tu, Abg. Din. Dia mintak tolong saye jadi mc mase saye student dulu lagi. zaman stundent kan, nak cari duit poket, macam-macam gak a buat. ni da kerja pun, orang mintak tolong, kita tolong. duit tu tak pandang sangat pun bile da tua-tua ni, tapi orang kasi kan, kaut saje, hahaha
#adik pompuan baju merah tu, atuk dia ustaz saye mase skolah rendah, die tengah bercerita kisah "Kaum Aad yang Derhaka", tak sangke jumpe orang kampung plak, hehehe, ustaz mereka sedang membuat persembahan dan para penonton mereka.

ni kelas KAFA dari tahap 1 dan 2 sahaja jadi kecik-kecik je, kalau tengok masa tadika al-Haziq dan pelajar tahun 6 KAFA konvo, lagi meriah, diorang da buat da tahun ni, kat INSPEN bulan lepas.

ape pun, terima kasih sekali lagi kepada pusat motivasi al-Haziq keran sudi panggil saye, makasih daun keladi ya!!


72. Menyelami Kisah Seorang Guru

Ya macam biasa, cuti sekolah kembali lagi, bukan saje bebudak yang rase gumbire, cikgu2 pun same, tapi tak sumer cikgu rase hepi, hehehe ade jugak yag makin bertambah tension. Ye la, mane tak tension, kawan-kawan duk g bercuti depa kena duk bertugas kat sekolah sabar je la kan kawan-kawan.

Ramai orang cakap kerja cikgu rilek, kul 3 da balik, cuti sekolah panjang. Hehehe. Kan? Kan? Ramai cakap macam tu. Biase la, ade betul ade tak jugak. Kerja cikgu ni sebenarnya waktu dia fleksibel. De kala kena tugas sampai tengah hari je, ade kala kena tugas sampai tiga hari.

Caya tak? Ye lah, time jaga budak camping, rombongan, sukan bagai. Lelap je mate, budak menjerit, bergaduh la, gagahkan diri, g jeguk jap. Kalau seminggu, seminggu lah diorang kena stand by. Tengok la zaman sekarang, sikit-sikit salah cikgu, salah pendidikan. Hingga budak eksiden kat jalan pun, nak haramkan rombongan waktu malam, sedih you… hehehe.

Kalau ape-ape kes berlaku orang mesti cakap, “ cikgu kan ada, cikgu tak buat kerja ke?” saya dari pihak guru akui, ade jugak kes yang cikgu-ikgu cuai, manusia, biase la, ade yang rajin tuang, monteng bagai. Tapi secara logiknya, kalau anak tu kat umah sekalipun, ade mak bapak, kemalangan tetap boleh berlaku. Jadi, bila ade problem, tak baik a kalo kite duk terus hentam satu pihak. Ape kate, duduk, bincang, cari sepakat, kan manis tu.

Kepada kawan-kawan yang nak jadi cikgu, atau kawan-kawan yang berminat nak jadi cikgu, korang kena lengkap kan diri korang dengan beberapa profession lain dulu, antaranya,

1) Doktor, tabib, tukang atau pun penghalau hantu.
Hahaha, ni perkara biasa, anak murid ni anytime je bleh  sakit, atau kemalangan, jadi cikgu-cikgu kena la tau macam mana nak ambik tindakan sebelum dihantar ke sepital. Tu belum cerita kalo sekolah kena histeria, habis korang jadi wak kernal, dukun terkenal sebelum panggil mane-mane ostad yang bijak pandai.

2)Jurulatih dan juruletih.
Tak kire la korang laki ke pompuan ke, korang kena tahu serba sikit game-game fofular di Malaysia ni. Macam sekolah saya sebelum ni, takde cikgu lelaki, ustazah la macam training budak takraw. Jadi tak pelik a kalo jantan pun kena bawak budak bola jaring.

3)Pengawal keselamatan @ jaga.
Ni amat berguna ni, kalo korang terror meronda dan juga mengawal keselamatan, selamat a sekoalah korang. Kalau terlepas, mau ade si budak lelaki tidur kat asrama pompuan. Jangan pelik la, ilmu ni patut ade tuk warden asrama. Tapi cikgu lain pun kena tau gak, bleh guna time g camping, kursus dan sebagainya.

4)Artis seni budaya dan lukis.
Cikgu-cikgu biasenye ape bidang pun, akan dikerah menjadi artis. Tak kire la lukis ade bentuk ke tak. Kalau si ustaz disuruh lukis khat, cikgu lain bantai mural, biase la tu, kalo bertuah sikit mau jadi pelukis landskap skolah. Hahaha.

Banyak lagi ilmu yang kite kena lengkapkan, kalau pandai bina tembok lagi bagus, korang bleh jadi buruh, hahaha, senang cerite kite kena lengkapkan diri kite dengan ilmu kehidupan ni. Ape je lah yang membolehkan kita meneruskan kelansungan hidup.
Percaya lah, tidak ade kerja yang senang kat dunia ni, baik si doctor, peguam, director fileh dan juga guru, semua ada kelebihan dan kekurangan. Apa yang saye cerita ni bukan lah satu ketidak puasan diri, Cuma untuk membuka mata orang je. Saya sendiri suka mengajar, suka berprogram dan suka murid-murid. Tapi satu yang saya tak berape gemar adalah kalo kena buat sensorang dan yang lain wat donno je. Mau tak tebakar kan.

Ape pun yang kite kerja, kerjakan la dengan ikhlas ye, niat kan kerana Allah, inysaAllah semua akan dipermudahkan. Kalo ade orang dengki, persetankan saje mereka, hehehe, lantakkan je diorg tu.

Akhir kalam, selamt bercuti pada yang cuti, dan selamt berkerja kepada yang berkerja.
MENGAJAR KERAN ALLAH UNTUK MURID...

#saye ingat nak cari tuisyen cuti-cuti ni, hehehe, cari duit poket lebih, t bleh menabung beli rim sukan dulu, pastu beli tayar, pastu beli stereng, sampai dapat sebijik kreta, tapi kalo menabung wat kawin lagi best kan, hehehe.

Thursday, 17 November 2011

71. Ais Bandung Krim Bersoda I Love u

Hahaha, gile vogue name gitu, ari ni ade pot luck, jadi mak jemah ade la bawak juadah sikit, pencuci mulut je, hehehe, resepi ni dapat masa gi lepak kat nimb's island, kedai makan kat sungai ramal dalam, sedap, tu mak jemah bawak balik, tapi nama resepi ni kat kedai tu mak jemah da lupe, sebab bnyk sangat air bandung kat kedai tu. ada baandung ceria la, bandung duka lara,macam-macam lagi la,lupe suda mak jemah.

 jadi mak jemah pun bubuh la nam ais bandung krim bersoda i love u, panjang sangat name? kite pendek kan ye jadi ABKBILU, ok tak? hahaha

k la, bahan-bahan dia mudah je,
air ais krim soda
ibu sirap
ais krim vanila

ok memula, korang basah kan sikit dinding cawan tu ngan ibu sirap. korang  curah sikit kat cawan tu, korang pusing2, hehehe

pastu korang letak ais krim vanilla tu dalam cawan, wat cantik-cantik, letak pakai scoop ais krim, tak pun potong cantik masukkan dalam cawan tu, pastu hias hidang...

opppsss...blom bleh minum lagi, bile da nak minum baru curah dengan air ais krim soda tu, baru la boleh blasah...ngaappp...

nak sejuk, sebelum masukkan ais krim tu. korang bubuh ais dulu ye..
#tengah tunjukkan kawan-kawan macam mana nak buat, hehehe

#rupe selpas korang masukkan air ais krim soada, sebelum dan selepas kacau

alamak, da pukul tiga meeting dulu na, da... 

Wednesday, 16 November 2011

70. Allahuakbar...

Adui,badan rasa lemah plak petang ni, apsal ek? Pagi tadi elok je. Salah mkn ke, adui, ke bisa si lebah yang berasid telah merebak. Rasa panas je kaki kiri ni. Perut pun x sdap, masuk angin, Allah, nak demam kot.

Meeting plak ptg ni, rase mcm x sdap plak badan, abis cpt la ye tuan pengetua, x larat ni

69. Agar-agar ambang sore

Hai kawan-kawan, hari ni mak jemah bawak juadah sikit gi sekolah, mak jemah kasi nama, agar-agar ambang sore. kenape name dia ambang sore? sebab mak jemah buat ni masa waktu petang-petang, sambil tunggu azan maghrib. kejap je buat ni, macam masak megi je

ok lah, tanpa buang masa, kite tengok bahan-bahan dia dulu ya,

3 tin air masak
2 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin buah-buahan koktail
1/2 bungkus agar-agar
sedikit esen vanilla

cara nak buat die senang je u, masuk kan agar-agar dalam air yang dimasak tu, kasi kacau sampai agar-agar tu cair, pastu korang masukkan bahan-bahan lain kecuali buah kotail tu. kacau, kacau, kacau,...siap

tunggu sejuk sikit, pastu masukkan dalam bekas. nak cepat, simpan dalam peti sejuk. agak-agak da keras, baru lah korang hiaskan dengar buah-buahan koktail tu, nyaman dong.
#3 mangkuk untuk makan dengan kwan-kawan kat umah, 3 bekas besar untuk bawak g skolah, nyum...nyumm...

ok la, ni mak jemah nak nasihat skit ni kepada kaum adam,. kalo korang nak pasangan sayang lebih, blaja la memasak. tak kirre la ko masak ape pu, hatta fun fries yang mentah tu, mesti pasangan korang berbunge,. tak perlu u habiskan duit beratus-ratut, g ke restoren mahal je. korang masak, bentang sapra, tengao tasik lagi romantik u, cayalah. 


lagi satu, kepada kawan-kawan pompuan, kalo si pasangan tu keras je hatinya, kuat marah, sambil masak tu baca la al-Fatihah, sambil kacau tu baca lah surah Taa Haa, ayat 1-5, Asma ul-Husna, sambil menumis, siang ikan , bawang, baca, zikir al-Latiff ke (Yang Maha Lembut), supaya lembut hati pasangan korang, try la kan. tapi ingat e, semua tu dengan izin Allah, ayat-ayat tu takde kuasa, Allah yang izinkan, cuba la k.

k la, mak jemah nak tgk cikgu-cikgu pompuan da siap makan blom, mak jemah plak nak mencekik, ade cikgu ni bawak mee hoon sup daging qorban, nyumm...nyummm...oh yeeee... esok ade pot luck, tgk pulak resepi mak jemah esok ye, insyaAllah, ringkas-ringkas je. da!




Tuesday, 15 November 2011

68. Hobin Jang Hobin

syukur, dapat gak smalam, snap 2, 3, 4, keping gambau. ujan, dan becak yang menyambut team negeri sembIlan semala. turut terkena tempias, tentulah para penyong yang hadir. alang-alang da sampai, turun jugak lah dari motor nak g tgk dgn dkat kan, team bola negeri sembilan ni.

#ramai pemain yang tak datang, amik gambar kat bus diorg pun ok la kan. 

#tanda tangan beberapa orang pemain kat bus yang bawak diorg tour satu nogori.

#fenomena biase di stadium-stadium, tetapi 'luar biasa' di mini stadium

#lautan manusia, antara hardcore yang turun. biar borombun, biar berpanah, biar borujan, diorg tetap datang, bak kata anak murid aku, " macam lalat hurung t***" anak murid aku la cakap k

#last but not least, Piala Malaysia, Bos bola negeri sembilan, dan tukang amik gambau, punggung brader tu asik masuk dalam gambau aku je, sigh!!!

Monday, 14 November 2011

67. Tugas hari ini

Hari ini, sedikit kelam kabut, sEbab banyak tugasan yang kena disiapkan sebelum cuti (LIMA HARI LAGI TAWAN-TAWAN) macam biasa la kan, seperti mana aku pernah cakap dulu, selagi cikgu jantan ni tak mengandung, tak beranak, ade je lah tugasan yang menanti.

petang ni, lebih kurang jam 4 lebih sikit, team bola negeri sembilan akan datang buat perarakan kat daerah ni. dan aku, cikgu lelaki yang paling bertuah akan duk mengiring anak murid. wawawa...tension tetapi gumbire jugak, pengalamn baru ni, cume, kalo dapat tido lagi indah kan.

kalo aku gadis, mungkin lah aku terkial-kial nak ambik gambau dengan en. Kembar, aidil dan zaquan, tetapi sebab aku kaum adam tulen, tak la selera sangat. dapat amik gambau ngan coach pun cukup la, kalo dapat dengan  hai-o pun best gak.

tapi orang nogori kalo bab bola memang semangat. lain ngan kampung aku weh, mesti beraasak-asak nak amik gambau punye, dapat candid pun cukup la, selebihnya jaga anak murid supaya jaga adab. agak-agak lua kawalan, cabut balik.

kalo ade rejeki, esok ade la gambau, hehehe, ape pun akhir kalam....

HOBIN JANG HOBIN...

Friday, 11 November 2011

66. Gambau time rombongan cik kiah [entri khas 11.11.11]

orang dok pakat menulis entri khas, dia pun tak nak ngalah gitu ye kawan-kawan, hahaha. ramai bebenor kawin ari ni, pening pak imam nak melayan semua. takpe la, tarikh tu memang penting, tapi lagi penting kawin tu ye idak.

orang pompuan kalo bab tarikh ni diorang memang hebat. takkira lah pilih  bape hari bulan pun, diorang akan ingta. jadi kepada pencinta wanita diluar sane, ingat-ingatlah tarikh yang penting dalam idup pasangan kamu ye. bile kamu semua ingat tarikh tu, berbunge je muke pasangan kamu, tak caye, cer try, cer try.

hehehe, jauh plak menyimpang mukhadimah entri  ni, kalo cikgu bm saye tengok, mesti dia da komen besau-besau kat pendahuluan ni, hehehe, k la, jom tengok gambau time lawatan sekolah tempoh hari (ayat pembaca berita)

Subhanallah, cantik giler tgk bumbung kanopi hutan ni, Subhanallah. Kawan-kawan yan pernah pergi FRIM mesti pernah tengok kan?

ni time kat jembatan gantung, seram wooo, amik gambau, takut henpon jatuh, 30 m dari lantai hutan, goyang, goyang, goyang kepala (sila nyanyi seperti lagu hip hop tamil. tak pernah dengar? gi cari kat youtube)

lagi gambar di atas jambatan gantung, bayangkan anda same tinggi dengan pokok yang lebih tua dari umur Malaysia merdeka

lokasi seterusnya, aquaria klcc. makan jap kat klcc, ramai gile bebudak sekolah kat sane, baju biru ade, baju oren ade, baju kuning ade. dari utara ke selatan, kecik ke besar, hatta tadika pun ade, semua pakat mai kl, jenjalan pas abih perikse

ni antara makhluk yang freindly, sudi gambar ngan saya, si jerung tu tak berenti kejap pun, menonong je, tunjuk gigi je kat kami.

pillar of aquaria, smart giler.obo-obor (ini bukan obor-obor yang ditangkap oleh spongebob), dan ikan yang give me five dengan saye (sila abaikan pakaian yang tak macam cikgu tu ye)

permadangan sore di bumi putrajaya, naik cruise diwaktu syaitan bergentayangan, hahaha, tak la, kami naik cruise jam 7.15, pastu, bateri happe kong, waaa...... seedddeeehhh..

hahaha, k la, cukup a tu, giler bercinta nak upload gambau kat komputer sekolah aku ni, komputer ni saing aku masa form 1 kot, hahaha, giler klasik.







Thursday, 10 November 2011

65. Rombongan cik kiah

Hari ni skolah buat rombongan g frim-klcc-putrajaya. Dan macam biase la, sbg cikgu yg kedua dan yg terakhir kat skolah ni, eden konO la poei. Slagi cikgu lelaki ni x mengandung, x branak, selagi tu la tugas cikgu pengiring tu jadi tugas tetap.

Tapi yg panasnye, smlm janji pukui 7 kumpul, tgk2 cigunye takde lg, eiii.. Da 2 kali ni wakenebeb... Panaih

Takpelah, nak buat macam mana kan, kitekan timun, ikut je la cakap durian

Saya yang menurut perintah,
Chegu

Wednesday, 9 November 2011

64. Dilema

Adui... 2, 3 hari ni pening plak pikir pasal nak carik kreta, hahaha, org miskin kan, nak beli kreta pun nak kena kire2, hahaha, tapi nafsu blom ade lagi, tu agaknya pening nak plih kreta ape. Nafsu sbnr nye nak angkat moto yg berkuasa skit. Tapi kalo org tua da b'suara x sedap plak dgr kan.

Kawan2 da pakai kreta? Ade x kawan ke sedara ke yg baru amik kretA? Boleh tlg nasihat2 saya... Adui!!!



Yang x bernafsu nak pakai kreta,
Chegu

#entri ini ditulis sambil meeting cikgu2, selamat pengetua sakit tekak, cepat abih. Wawawa...

Tuesday, 8 November 2011

63. Ombak rindu

"tidak mila, cinta itu tidak kejam. Cuma orang yang tidak pandai menghargai cinta itu,"

Izah (maya karin), ombak rindu, 1 Disember 2011










# perggghhh... Nak menitis air mata dengar ayat tu. Kene g tgk sensorg ni, takut kantoi nanggis lak ngan kengkwn, hahaha

Saturday, 5 November 2011

62. Salam Aidil Adha

Syukur kita, krn dpt b'jumpa lagi dgn Aidil Adha. Di dlm Islam,Aidil Adha membawa erti lbh besar lagi b'banding Aidil Fitri. Smg kita bersama-sama faham mksd yg t'sirat di dlm menyambut Aidil Adha kali ini. Sedikit pantun sy sediakan sbg ucapan sambil korg makan rendang.

Daging salai enak rasanya,
Singgah di Pilah beli sekati;
Pulanglah anak pulang beraya,
Kenderaan dipandu berhati-hati.

Ke Batu Pahat membeli lauk,
Lauk dibeli dimasak juadah;
Raya Korban disambut esok,
Berbelanja kita dengan berhemah.

Daging salai dimasak lemak,
Sedap rasanya tidak terkata;
Rajinnya si anak menolong emak,
Bertakbir di masjid tidak dilupa.

Asam pedas kegemaran kita,
Sekali makan teringat-ingat;
Cukuplah sudah pantun raya,
Syukur selalu semoga selamat.

Friday, 4 November 2011

61. Nostalgia zaman sekolah

hehhee, hari ni ari Jumaat, ramai orang pakai baju melayu kan gi kerja, aku pun suke gak pakai baju melayu ni. satu tabiat kalau pakai baju melayu ni, aku suke pakai lengkap, hahaha, ingat lagi dulu ade program orientasi kat u, aku jadi urusetia, membe suro a aku g masjid tengok program kat sane, tapi sebab tak jumpe songkok. aku cakap tak nak terus, hahaha, kalo pakai kopiah, aku lagi suke pakai kain, bile pakai kain ni sejuk sikit, ade 'aircond',hahaha.

aku bukan ape, selain dari memang minat pakai baju melayu satu set ni, aku tak suke bile jenajalan pakai baju melayu tak lengkap macam takde songkok nye, orang sekeliling asik nak sok sek sok sek je,"ish, tengok tu budak cina pakai baju melayu" hahahahaha.


ni baju aku masa form 4- form 5, samapai sekarang aku pakai baju ni. aku pakai kat matrik, aku pakai kat u, dan sekarang aku pakai time kerja. hahaha, dengan baju tu, dengan seluar tu dan juga dengan samping tu la dulu aku menimba ilmu masa sekolah dulu.hahaha, lama siot.

bile ingat cerite time asram kan, hari jumaat adalah ari yang paling ditunggu-tunggu. sebab makan special skit kan, hahaha, tu budak2 berebut tu, nak g beratur. yang tambah lagi best tu, bile ade es krim kan, pergggh... mashuk ooo, korang tau a kan budak-budak asrama ni mana penah kenyang.

nasi ayam, nasi tomato, atau nasi minyak adalah antara menu hari jumaat. pelajar puteri biase makan lambat sikit. sebab kasi laluan kat pelajar putera nak ke masjid. dan bile sampai masjid, amik semayang, solat sunat, denga khut.....zzzzz... da tido dah, hahahah.

bile bab tido ni, orang kerja pun tido gak kot, cume faham-faham je lah kan time bebudak pakai uniform ni, putih je semua, semua terbongkang, hahaha. ade sorang membe aku lagi kronik, die tidor, pastu orang kejut semayang, sebab dia mamai lagi, dia jatuh terduduk, 2 kali beb, hahaha, sampai sekarang kena bahan. ahaha.

k la, cukup la mengimbau kenangan silam tu, kenen g layan khutbah dulu, heheh, chow

60. Kek batik malam jumaat

haaaa...ari ni mak jemah nak kongsi sikit resepi sikit untuk kengkawan semua, hari-hari jumaat macam ni, memang elok la kite ramai-ramai pakat buat pahala ye idok. semalam petang mak jemah ade lah bancuh sikit nak buat kuih sikit, nak makan same-same teman ngaja mak jemah ni. mak jemah kasi name resepi ni kek batik malam jumaat.

kenapa kek batik malam jumaat ye? amboi, senyum orang da kawin. yang belum kawin tak faham? kalo tak paham takpe. mak jemah kasi name kek batik malam jumaat ni bukan ape, mak jemah buat masa ambang sore malam jumaat. tu mak jemah letak kek batik malam jumaat, jangan sentap u.

dulu mak jemah penah buat dengan emak kepada mak jemah kek batik ni, tapi sebab mak jemah banyak minum milo-tabur -semut, maka jemah ingat-ingat lupe sikit resepi die, mak jemah rujuklah kat otai chef kite, sape lagi kalo bukan abang Mat Gebu kite, same dengan Ummi Kuantan ni, depa ni, blog masakan  depa da memang terkenal sarwa alam u, klik la kat nama diorang kalo nak cari resepi yang hangpa suma minat.

tapi abang Mat ni pun ajar, kite kena kreatif dalam bab-bab masak ni, jadi mak jemah pun gatai la ubah sikit resepi diorang. bahan-bahannya;
2 biji telur ayam
esen vanila skit
1 sudu nescafe
1/2 cawan milo
1/4 air [nak pakai air yassin pun boleh]
3/4 susu pekat
sepuluh sudu oat
220g biskut merri-go-round
125 g mentega

cara nak buat die mudah je, pukui semua bahan jadi satu ok kecuali si merri tu ngan en. mentega. da sebati semua, mak jemah letak atas dapur, api kecik je kan,kasi mentega cair dan campurkan dan kacau, kacau, kacau. biar sejuk kejak, campak pulak biskut merri yang da dipatah-patahkan.

biarkan sejuk sat, mak jemah masukkan dalam plastik bungkus tu, pastu mak jemah bentuk-bentuk kan die macam macam nasi impit u olllsss. masuk dalam freezer. kemudian tunggu la kasi sejuk sumer kan [time ni air liuq da mleleh da ni hahaha] kemudian siap.

hasilnya,


#haaa... tu dia, da siap potong, maaf na, mak jemah tak pandai nak hias2 macam abang Mat Gebu.hehehe

tapi mak jemah punye kuih lembik sikit la, terlebih air kali. die punye permukaan kurang licin seba mak jemah letak oat, tapi kalo korang nak tabur serbuk koko, macam tiramisu gitu pun boleh, waaa....sedap u ooolllsss

kawan-kawan mak jemah yang makan kata ok, kire lulus a, hahaha, syukur. k la, jemput cuba e, mak jemah nak g kerja kat lorong garu, bubye!!!

#oh ye, kalo kamu nak cari lelaki kacak, macho, berpendidikan, dan PANDAI MASAK, pegi la follow mamat ni, klik sini, hensem u...

Thursday, 3 November 2011

59. Saya, anda dan tawan-tawan.

Seperti mana tajuk entri ini, saya, anda dan tawan-tawan, telah ditag, saya telah di tag oleh pelajar UiTM Segamat yang berasal dari Johor.[giler panjang dicription tu].

waaa...ni pertama kali saya masuk ni benda alah macam ni, agak janggal jugak sebenarnya, bagi si tua-yang-rasa-muda ni menyertai perkara-perkara macam ini. hahaha. tapi, kite anggap utk berkenal-kenalanla kan, tak la orang cakap saye ni misteri sangat pulakkan, muka takde ke sebab dlm gamaba profile tu ngadap blakang.hahaha

haha, k la,11 perkara tentang saya

#saya ada banyak koleksi komik [saya penggian komik ok]
#saya hanya ada aset sebiji motor sahaja [bila la nak ade krete ni]
#saya suke membebel time kat matrik dulu sebab kawan malas mengmas bilik [turun dari emak aku la ni]
#saya suka masak dan makan ramai-ramai [kalo saya makan sorang, saye tak suke masak]
#saya mudah tersentuh tengok penderitaan orang [sape tengok 3 idiots? sedihkan, saya naggis]
#saya kuat makan [semua makanan adalah sedap ok]
#saya dalam usaha menguruskan badan [sangat berlawanan dengan yang di atas]
#saya ingat nak sambung belajar a [kawan-kawan jom]
#suke berniaga [lagi-lagi berkaitan dengan makanan, x abis bleh blasah]
#suke sangat tengok cerite penyiasatan omputih [criminal minds, burn notice, csi: segambut, etc]
# saya berdarah M [darah MUDA ok]

hahaha, sume citer adalah jujur ok. hahaha, asyik ketawa dan sengih la plak bile duk crite pasal diri sendiri kan, hahaha

next 11 soalan dari Cik Tetra,

#apa nama timangan korang?
erk...rahsia boleh tak? takut t kantoi a ngan anak murid, tapi kalo anak buah biase panggil poksu...hahaha 


#suke warne ape and kenape suke warne tu?
saye suke sume warne, tapi banyak yang saya pilih blue black a, tapi saye takde hal sangat pasal warne, yang penting tu warne maskulin, saye ade kemeja pink, tapi tetap maskulin, hahaha.


#agak-agak kahwin umo brapa?*haha sila jawab
kalau ikut hati, ade rezeki, hari ni jugak saye nak kawin,hahaha, bukan ape, saya tak sabar nak ade anak sendiri, geram plak bile tengok abang ngan akak manje-manje ngan anak die, hehehe, best kan?


#laman sesawang yang korang ade? sila nyatakan
setakat ni saye ade blog je kot, fb da tutup, [atas sebab2 tertentu, kawan-kawan tau kot], freindster da luput, tagged da berlumut.


#ciri-ciri lelaki/ wanita yang buat korang suke kat diorang
erk...malula plak, saya suke wanita yang feminin, masih mengamalkan budaya ketimuran macam mak jemah dan afdau ooookkkaaayyy...


#pernah kena buli tak? atau pernah tak buli orang?
hahaha, gile a soalan ni, dua-dua pernah kot, time dok asrama, tapi lebih berbentuk "kekeluargaan" a, hahaha


#nama ayah dan ibu korg and 3 ayat untuk diorang.
ayah saya, Haji M dan mak saya Hajjah B, esok saya balik, yahhooooo...


#suke kucing tak
saya suke sume binatang kecuali anjing yang kerja saya time jogging, kucing pun ok...hehehe, dulu pnah kejar2 dengan kucing utan, laju gile lari...hahaha


#novel paling best yang pernah korang bace?
dari dua orang penulis, Faizal Tehrani saya pilih1511 H [Kombat] dan Ketupat Cinta. Untuk Ramlee Awang Murshid plak, saye suke koleksi Laksmana Sunan dan ADAM.


#pernah dikecewakan x? cehhh soalan sadis..heee..
hehehe, malu plak, pernah, dua kali...hehe, sedih plak tulis ayat ni, yang pertama selama lebih kurang stahun pastu yang kedua lebih kurang 4 tahun,hahahaha, ketawa jom.


#kenangan yang paling pahit sepahit pahitnya.. :D
syukur, Alhamdulillah, kenangan pahit saye cume perkara yang berkaitan dengan soklan di atas tu kot, heheh, saya rakamkan kesedihan dan kepahitan tu di sini, sini dan sini. Dan ini saya lahirkan untuk saya terus hepi dan gumbire dalam idup, hehehe.

Nama yang saya nak tag adalah dari kawan2 follower saye, lebih dari 11 tapi, tapi sebab tak ramai, saya tag je la, tak kisah pun korang najk join ke tak, ho hard feelin ya. saja nak kenal-kenalkan. sebelum tu korang tengok rules die kat sini dulu k

Saadah Saadun
adel
genk

semue tu oai2 tu, cuak plak nak tag diorg, i malu u, hahah,tu je kot, hehehe, nway korang tak sempat jawab pun takpe, no hard feelin ya... soalan die

1) status, bujang? berpunya? atau berkahwin?
2) makanan kegemaran gapo dio?
3) korang minat drama negara mana? malaysia, indon, korea, jepun, omputih?
4) last cerita melayu yang korang tengok ape?
6) kartun ape yang korang minat?
7) cerita paling happy dalam idup korang?
8) kisah paling sedih pulak?
9) mak abah korang asal mana?
10) aset paling berharga korang sekarang ape?
11)dulu kecik-kecik ko nak jadi ape? selari tak dengan ape yg ko buat sekarang?

hahaha, tak sangke aku da siap tulis, tepuk tangan, nway, ini ape yang terlintas dalam kejujuran aku, sori a  kalo korang nampak macam poyo e. agak-agak tak boleh blah, klik x kat atas tu k, hahaha...komen la pe korang nak komen, hehehe...

senyum jom kawan-kawan!!!

58. Rabu malam Khamis

Malam tadi, ya malam tadi pergi ke Seremban. Sesaje je nak g mydin baru kat Seremban. orang duk habaq besaq-besaq, tu aku pun try a nak g tengok kan. pastu aku pun memang nak cari barang-barang untuk projek esok, hehehe, beli lah barang-barang sikit.

Sebenarnya aku nak cerita pasal hal lepas aku g mydin tu. hehehe, aku g la makan kat sebuah kedai nasi lemak ni, sedap bro, kalo datang lepak Seremaban, korang tak g kedai ni, korang ni memang tak Hobin Jang Hobin lagi a.

#sebelum makan da ingat nak amik gambau dulu, sekali bile da samapi je, tak ingat ape, Bismillah....NNNGGaap.. pastu baru teringat, alamak, gambau, hahaha

Lokasi kedai ni dekat sebelah SMA Dato' Klana Petra, tak silap a, ingat-ingat lupe, memang selalu lepak, membe sorang ni hantu nasi lemak ni, hahaha. 

Meh kawan-kawan rasa, baru Hobin Jang Hobin...

Wednesday, 2 November 2011

57. Pantun wasiat guru

Bismillah dibaca pembuka bicara,
bicara kita guru biasa;
 Rajinlah anak rajin berusaha,
 usaha anak untuk berjaya.

Bicara kita guru biasa,
dengarlah anak dibuat teladan;
 Janganlah anak jangan derhaka,
 derhaka kita binasa badan.

Dengarlah anak dibuat teladan,
menjadi anak orang terhormat;
 Amal baik jadikan ikutan,
 hiduplah anak dengan selamat.

Menjadi anak orang terhormat,
sudahlah tugas guru biasa;
 Kepada Nabi pohon syafaat,
 selamat kita dihari muka.

# nukilan sempena sambutan Bulan Bahasa Sekolah, (budak tak ramai, cikgu pun kena pakso buek pantun, belasah jo lah)

Tuesday, 1 November 2011

56. Rehat sebentar

Ntah ape kejadahnya malam ni tetibe rajin mengemas, hahaha. rutin harian mak jemah, macam biase la kan, pas baju da kering, kena la lipat baju tu kan. Sambil tu mak jemah layan la crite criminal minds: season 5. Ntah brape kali dah mak jemah ulang, mak jemah pun da lupe.

Bile mak jemah tgk gobok [ini bahasa org selatan yang membawa maksud almari] mak jemah, mak jemah tgk susunan die da henyang-henyot [paham kot],sakit plak mate memandang. Tu la tergerak ati nak nyusun balik. Hehehe, berpeluh mak jemah u ooolllss..

Bile susun balik baju-baju ni, teringat plak mak mak jemah. Dulu mak mak jema selalu cakap, " ko ni, cube ambik baju tu jangan tarik-tarik, penat tau mak susun baju" kat mak jemah. Hehehe, da lame rasenye. Tapi macam semalam je rase nye kene bebel ngan mak, heheh, maap ye mak sbb nakal n pmalas dulu [sekarang pun malas jugak kot] hahaha.

Tapi bila lebih kurang 12 tahun hidup merantau, berdikari. Uruskan diri bukan seuatu yg asing bagi mak jemah. Cume ye la, teringat pulak dulu selalu susahkan mak, nnt ade anak macam mane la mak jemah nak handle gamaknya kan.

K la, gobok ni pun da siap kemas, mcm eric leong pun mak jemah tgk. Mak jemah mintak diri sekarang ye. Maaf merapu, Assalamualaikum!

Monday, 31 October 2011

55. Memujuk Hati Luka

Hai Hati!
Aku sungguh kasihan melihatmu,
lara, duka, kecewa,
sentiasa menduga,
apabila gembira dibunuh gembira.

Hai Akal!
Kemanakah harus ku adu,
dimanakah hendak ku tuju,
berkhayal, bergembira dengan arak,
atau,
menghisab, menyesal di atas sejadah.

Hai Hati!
Akan aku kerahkan kudratku,
akan aku bantu dirimu,
akan aku kawal nafsumu,
akan aku padam amarahmu,
agar,
tidak kau lupa Allah yang satu.

Hai Akal!
Walaupun aku sudah hangus tidak berapi,
walaupun aku sudah karam tidak berair,
namun,
simpatimu ingin ku tagih,
kasihmu ingin ku pinta,
bijakmu ingin ku guna,
supaya,
tidaklah aku putus,
asa yang tiada.

Ya Allah!
Pada-Mu hamba berdua berdoa,
pada-Mu hamba berdua bermohon,
pada-Mu jualah hamba berdua berharap,
Engkau teguhkanlah Hati,
Engkau mantapkanlah Akal,
semoga,
dapatlah kami tanggung,
ujian tak tertanggung.

#jam 2345, 11 Jun 2007

Sunday, 30 October 2011

54. Air tangan emak

Bila balik kampung, si anak mesti rindu dengan air tangan emak kan? Biar pun jauh berbatu-batu di perantauan, bila terkenang hangatnya tangan ibu menyuap juadah yang di masak, pasti banjir mulut si anak dengan enzim amilase dan juga air liur, kan, kan kan?

Si emak tidak perlu masak siakap tiga rasa untuk buat si anak tambah nasi sampai lima pinggan. cukup dengan ikan bilis masak kicap je, kita da bersemangat makan.

Si ibu membuat telur mata kerbau je pun, teknik yang sama, resepi yang sama, kita tetap tak dapat nak lawan sedapnya telur yang mereka goreng.

Si ummi sentiasa sediakan juadah kegemaran si anak bila anaaknya pulang. Kalau mereka tak larat sekalipun, adik beradik yang lain dikerah untuk mencari bahan masakkan supaya mereka tetap dapat sediakan juadah untuk si anak.

Ape pun, terima kasih emak, ibu, ummi serta yang seangkatan dengannya. Terima kasih di atas masakan kasih sayang kamu untuk dihidang kepada kami, terima kasih!

Saturday, 29 October 2011

53. Pergi berurut

Syukur, Alhamdulillah, lepas jugak hajat aku nak servis badan ni. Semenjak dua menjak ni, badan rasa letih-letih sikit. Kenape ntah, da teringin sangat nak berut, tu ingt last week nak blk, tapi ada saje yang ganggunye.

Urut? Ya, urut, tapi bukan dengan amoi, ataupun ayam, haha. Urut kampungkan, rasa korang mesti jarang pergi kan. Hehehe, orang pompuan ni biasa gi urut time pas bersalin je, mak bidan datang umah kan, hehe, bertepek lah jamu kat dahi tu semua, dituam la bagai kan.

Tadi masa ngurut, sendawa-sendawa wak tu. Hehehe, kedian plak aku tengok. Tapi lagi kesian kat aku kot. Melompat-lompat gak tadi, sakit beb. Hahaha, otot-otot da keras. Baru nak jadi salman khan. Hahaha

Kalo korg kerje cikgu, skill ngurut mesti tau sikit. Ingt lagi time aku anta team bola, budak injured, aku la ngurutnye. Pastu aku pun sendawa macam wak tu, hahaha. Orang kata kalo kita urut orang, kita sendawa, kita boleh jadi tukang urut. Ntah lah kan.

Ape pun lepas je ngurut, badan rasa ringan skik. Heheh, syukur. Best jugak kan kalo kawin nanti dapat bini pandai ngurut ke ahli fisioterapi ke. Jimat duit, kikiki.

52. Balik kampung

Syukur, Alhamdulillah, smlm sampai jugak ke kanpung. Ikut jadual nak balik minggu lepas, tapi sbb ada kerja, terpaksa tangguh.

Macam biasa lah, sampai je kat kawasan kampung, bau kilang Lee Rubber memang nostalgia. Hidangan aroma tersebut membangkitkan kenangan tine duk asrama dedulu. Hahaha, time nakal-nakal gitu.

Petang tu, pas belikan juadah tuk kluarga kat umah, lepaj-lepak, tunggu magrib pastu kluar. Lpak ngan kengkawan jap. Pkena sate, ketawa-ketawa pastu balik. Sempat jugak lah merancang nak bbq time raya haji next week. Da lame x buat bbq ni. Gian siot.

Nway, kat sini ade dua menu eajb pkena bila balik kg. Satu tu tauhu bakar, tauhu bakar kat sini memang mabeles bro. Perrgghh, gile nikmat! Tapi malam tadi da kenyang sebab da makan kat umah, tu yang tak bernafsu sangat tu. Hehehe.

Lagi satu mee bandung, pkena plak mee bandung yang telur kuning dia cair-cair kan, peeerrrggghh lagi skali, hahah. Tapi smlm kdai tu tutup. Next time kot, hahaha

Wednesday, 26 October 2011

51. Syukuri anugerah Tuhan

Tadi jalan-jalan kat blog orang, hehehe, ilangkan rasa bosan, sedih dan rindu kan, jumpa satu entri ni dia suro dengar lagu ni time sedih [terima kasih ye tuan blog]. biase dengar-dengar je kat sinetron, tapi bila perhalusi, memang kena pada diri ini. jadikan ya Allah, diriku sentiasa syukur pada Mu, aku lemah ya Allah tanpa bantuan dan pertolongan dari Mu.



D'Masiv: Jangan Menyerah

50. Blog Gay; satu pendedahan

Saya mengikuti tulisan En. Mazidul Akmal dari dulu lagi. Beliau seorang wartawan yang rajin dan tegas. Segala patah bicaranya berdasarkan fakta konkrit dan berasa. Ketegasan beliau meletakkan beliau sebagai seorang wartawan yang disegani oleh rakan dan juga lawan. Kupasan demi kupasan dibangkitkan untuk kita sedar dengan segala ketidak adilan dunia ini.

Dan kali ini, En. Mazidul telah membongkar blog gay, ya blog gay [tolong jangan muntah di depan pc anda]. Klik sini, untuk melihat kupasan En.Mazidul. Bagi saya, isu ini amat jelik sama sekali. Tambahan pula isu ini dikaitkan dengan golongan yang seangkatan dengan saya, iaitu guru. Aduh, bencana apakah yang menimpa bangsa kami ini ya Allah, ku pohon Kau ampunkanalh dosa-dosa kami, tunjukkanlah kami ke jalan yang benar ya Allah, jalan yang Engkau redhai.

Kepada mereka yang mempunyai naluri songsang ini, marilah bertaubat. saya rasa ramai kawan-kawan yang sedia membantu. carilah ustaz-ustaz, pihak jabatan agama untuk membantu anda. Insya-Allah, jika anda berusaha untuk lari dari kancah ini, anada ingin mencari hidayah, Insya-Allah, Allah akan bantu.

Kepada mereka yang didatangi oleh kaum-kaum ini untuk meminta bantuan dan sokongan moral, jangan pula anda menghina mereka, mereka sakit. Maka dengan itu, rawatlah jiwa mereka. Bantu mereka selagi terdaya, sokong mereka untuk terus mencari redha Allah.

Ya Allah, kami bermohan kepadaMu dihindarkan dari wabak penyakit, kemarau panjang, banjir besar serta bala yang tidak diduga, atas segala kesalahan kami ya Allah! Ampunkan kami, ampunkan kami, ampunkan kami...

49. Kecantikan seorang wanita

Bila anda seorang lelaki, yang ada kawan wanita yang boleh dikira bestfreind, mesti diorang ada tamya kan, "lelaki suke pompuan macam mane ek? kurus e? ke berisi sikit e?"

kan? pastu korang mesti jawab "erk...."

meminjam kata-kata Dr. Mashitah dalam salah satu ceramah dia, "Man and women are diferrent, we speak in the different language".  macam tu lebih kurang a ayat dia. dari situ memang susah sikit si perempuan nak faham lelaki, macam tu juga si lelaki nak faham pompuan kan, betol tak?

bagi saya la kan, semua perempuan tu cantik. walau pun dulu time sekolah semua ingus meleleh lagi, comot-comot, [sama je la macam lelakikan, tapi bezanya lelaki g sekolah da sikat rambut tepi, hahaha] tapi tu dulu campak je baju sekolah, bila da pandai calit-calit make up, sumer jadi cantik. tak kire la yang jenis berisi ke yang jenis kurang isi ke, pompuan tetap cantik.

la ni pulak, cara pakai tudung da macam-macam kan, belit sane, tarik sini, sangkut sana, putar sini. hehehe, tapi ingat ye kengkawan, jangan pakai tudung sebab nak cantik atau ikut fesyen tau. niat kan kerana Allah k. pastu barulah pergi yang cabang lain. kalo tak tu yang kita tengok tudung ni "on off" [kawan pompuan yang ajar istilah ni]. bagi yang mereka tak pakai lagi, semoga satu hari nanti korang terbuka hati tau nak pakai, hehehe, amin.
#comelkan upin, ipin dan kawan-kawan, tak sabar nak ade anak macam diorang, klik sini untuk wallpaper upin ipin

dalam mebicarakan kecantikan perempuan ni, saya rasa satu je la value added, atau dalam bahasa melayu canggihnya, nilai tambah yang patut ade, iaitu kesopanan. heheh, yup, orang lelaki selalu cair dengan kelembutan dan kesopanan seseorang pompuan tu.

"eleh, cam bagus je lelaki ni. nak cari yang lembut-lembut je konon,"

hahaha, cam bagus je kan lelaki cakap macam tu,. bukan, ni pendapat seorang kawan je, kawan yang selalu silap jugak.

"abih kami ni bukan saja-saja kasaq, kami ni semua adik beradik jantan. tu kami kasaq ja, kami ada pakwe jugak"
hahaha, memang ang nampak kasar, tapi percayalah, ade kelembutan dalam diri ang, yang menzahirkan sifat feminin ang sehingga mencairkan si teman lelaki ang ni, untuk terpaut pada diri ang [er...apa aku tulis ni].

ye entri ni merapu, hahaha, mana dapat ilham ni? bila ada kawan-kawan pompuan la duk tanya saya.

#ape pun kawan-kawan pompuan, bila lelaki tu da suke kat kamu, insya-Allah, dia akan terima kamu seadanya. yang macam kamu yang baik-baik ni setia terima dia. cayalah, jadi jangan segan na, yakin dengan apa yang kamu ada tau. yang belum ada, start la ni, jom jadi wanita melayu terakhir, silap-silap boleh jadi bini kedua bos. hahaha



#Bruno Mars: Marry You

Tuesday, 25 October 2011

48. Appreciate your Love

There are two ways, (based on my experience), that we can learn how to appreciate our love.

#1 : The Sweet mode
You get some one who love you so much, and they are willing to sacrifice everything that they have, just only to make you happy. If you got this one, appreciate them ok!

#2 : The Hard one
Someone dumped you, the people that you caring most left you and make you cry. You feel lonely and empty. If this happened to you, just thank to Allah, because He want make you to become a better man, Allhamdulillah.

No matter what, don't forget to thank to Allah ok! Our life is a gift from Him
# Ya Allah, hambaMu ini lemah tanpa bantuanMu! Jika dia bukan untuk diriku, Kau hilangkanlah persona dirinya di dalam mindaku ini. Kau jadikanlah hambaMu ini sentiasa bersyukur aras segala nikmatMu... Amin

Monday, 24 October 2011

47. Why always me

Masa: Lebih kurang kul 10.50 pagi

# berikut adalah perbualan telefon dengan peminat kipas susah mati Man U cawangan Miri, Alex Ferguson (bukan nama sebenar).

Chegu (C) : Hallaaauuu, boleh saya cakap dengan Alex Feguson?
Alex Ferguson (AF) : Allo,....hehehhehe
C : hahahhaa...amacam malam tadi? terduduk Man U?
AF : bukan terduduk je, hahaha, kecewa punya pasal sampai 3 pinggan nasi lemak jadi mangsa.
C : hahahahhahaha
AF : sekutu musuh Man U malam tadi mesej pun aku senyap je.
C : Hahahahahaha
AF : Diorang semua tulis dalam fb, "Why always me" kan Balloteli pakai baju tu masa jaringkan gol.
C : Hahhaahaha, tau-tau, abis ramai a malam tadi lari tak bayar kat mapley sebab kecewa e? hahaha
AF : bukan kecewa da, tak tau lagi nak cakap ape. baru aku rasa macam mana kekalahan Arsenal ari tu.
C : hahahaha, k la, chow dulu, hahaha
AF: ok-ok.

# berikut plak adalah sms daripada peminat Man U cawangan Pasir Gudang, Rooney (Bukan nama sebenar).


Chegu (C) : Why always me ....... Hahahaha
Rooney (R10) : ko da knape
C : Ko x tgk game mlm tadi ke? Hahaha, g tgk youtube psal game mlm td
R10 : Ci*** ... Ak tgk... mlas ak nk tgk lg

Sunday, 23 October 2011

46. Wah, ada cerita korea di wayang!

Pagi-pagi bukak lama web tgv, sekali tgk ada cerita baru plak, Ra One, lakonan si Shah Rukh Khan, eh! Datuk SRK, tapi tengok, punya tengok, punya tengok, ade pla crite korea e, Sector 7, waaaa... macam menarik je, ni mesti ramai gadis-gadis nak g tengok kan, crite korea dengan gadis-gadis kan memang serasi, ibarat nasi lemak dan timun, roti canai dengan kari, teh tarik dengan buih (mode: belum sarapan, tu ingat makan je)

pepun korg layan a trailer ni,

tuk pminat Datuk Shah Rukh Khan macam aku, jom tgk Ra One,

Saturday, 22 October 2011

45. Bersyukur dengan ujianMu

Setiap manusia akan diuji dengan macam-macam masalah. Selalu bila kita diuji, kita akan rasa diri kita ini sering hilang arah, keliru, dan ada yang sampai kita menyalahkan takdir, menyalah Pencipta bukan? rasa sedih, kecewa dan duka apabila sesuatu yang dirancang itu berakhir bukan seperti yang kita duga dan kita sangka. kita rasa ujian kita inilah ujian yang paling berat. mari kita lihat dan kaji bebererapa situasi dulu,

#Kewangan
"Gua miskin bro, sampai sekarang gua rasa susah, idup gua tak pernah tenang bro. Gua makan makan pun kutip sampah orang buang. lu orang mana paham! Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

#Belajar
"Saya hari-hari baca buku cikgu, saya solat, doa semua, saya buat latihan yang cikgu beri. Tapi kenape cikgu, saya masih gagal lagi? Si jalang tu walaupun tak belajar boleh lulus. Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

#Percintaan
"Aku ni, da masuk kali ke-8 aku couple. shit giler! asyik aku je kene reject. Aku da buat habis baik da, tapi diorang blah juga. sedih aku. orang lain tu, cinta pandang pertama pun da bleh kawin. Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

#Kesihatan
"Pakcik ni, dari kecik sampai ke tua asyik sakit je, dulu asma, lepas tu sihat, pakcik eksiden. Hilang kai kanan ni. lepas tu orang kasi kaki palesu. la ni pakcik obesiti, sakit jantung. Rasa tak adilah Tuhan kasi ujian macam ni! Berat giler ujian ni, apa salah aku pada Tuhan?...sob ...sob ...sob"

Dan macam-macam lagi situaskan. Allah pesan kat kita dalam al-Quran, Allah tanya kita, "Kamu kata kamu beriman? tetapi kamu masih belum lagi diuji dengan kehilangan, kelaparan dan kemiskinan!"

Pesanan tu untuk kita, Allah berbicara dengan kita melalui al-Quran. Ujian itu adalah untuk menguji keimanan kita. mungkindalam minda kita, "Kenapa ujian aku teruk-teruk? Kenapa orang lain tak diuji macam aku? Orang lain ada yang kaya, dapat rumah besar, pandai, diorang tu tak diuji pun? Diorang tak beriman ke?"

 Tak, bukan mereka tidak diuji. Segala kemewahan, kesihatan, kurniaan yang mereka dapat itulah ujian mereka. Allah uji mereka dengan kekayaan, Allah mahu lihat macam mana mereka bersyukur, ke mana mereka belanjakan kekayaan mereka.

Begitu juga dengan percintaan, Allah kurniakan kita dengan pasangan yang baik, keluarga yang sempurna, Allah mahu lihat kita bagaimanakah kita bersyukur. Bagaimana kita memimpin keliuarga menuju redhaNya. Atau kita sendiri yang akan amnbil kesempatan di atas kepercayaan pasangan, kita makan luar. itu semua ujian.

Janganlah kita bersedih, putus asa dengan kecewa. memang menjadi kerja si syaitan ini untuk membuatkan kita putus harapan dengan Allah, mereka mengajak kita membenci dan selalu menyalahkan takdir. kita kena ingat, Allah tidaka akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga kita mengubahnya sendiri.

Jika ada ujian mendatang, lihatlah di bawah kita, ada mereka yang lebih susah lagi hidup dari kita. Jika kita senang, bantulah mereka, bantulah mereka, bantulah mereka selagi terdaya.

"Ya Allah, jadikanlah diriku sentiasa sujud, syukur kepadaMu. ya Rahman, jadikanlah diriku ikhlas dalam melakukan ibadah kepadaMu,  ya Rahim, jadikanlah dunia ini senantiasa cukup bagi diriku"

#entri ini adalah tidak lain hanyalah untuk peringatan kepada diri sendiri, jika ada silap, tegurlah ye, terima kasih
klik sini  untuk melihat nota orang bunuh diri

Thursday, 20 October 2011

44. Gaddafi Terkorban- Berita Gempar

Kematian pemimpin Libya, seperti dilaporkan oleh Berita Harian amat memeranjatkan. Semoga segala keadilan akan tersingkap juga satu hari nanti. Kepada mereka yang ingin menghancurkan Islam, tunggulah laknat Allah untuk kamu semua.
Lagi berita di sini , sini, dan sini juga

43. Gambar rombongan lepas PMR

Lokasi: Jelita Ostrich Farm dan kilang Yakult
Tarikh: 17 Oktober 2011

Ni gambau time jenjalan di Jelita Ostrich Farm, hehehe, First time menunggang burung unta. besar siot burung unta ni rupanya. peha dia macam kuda, patut a kuat lari,

Pas da puas terjah telur burung tu, tunggang burung tu dengan berat aku ( berat aku 1/3 dari berat dia kot). rombongan cik kiah diteruskan ke kilang Yakult

32 buah negara Yakult ni da pergi, giler berjaya Dr. Shirota ni, kalo la aku bleh pasarkan Mochacinozz D Crunchie aku macam ni kan best
#Belgium

#Brazil & Gemany

#Taiwan & Singapura

#Thailand & Philipines

Banyak lagi yang di snap, tapi takut tak suprise plak kan, kalau ada masa, korang pegilah, bleh beli air dia, murah sikit a. beli kat kilang kan, hehehe


42. Ummm... Teringin

Lokasi di bangunan Mustspha Kamal, Cyberjaya. First time sampai sini. Taklimat sampai ke petang. Aduuuhh...

Dari isnin sampai hari ni, asik keluar je, harap next week rht kat sekolah je la. Dah hari ni ade pot luck, tak dapat join, adui, mlepas nak mlantak puas- puas.

Insya-Allah, kalau sempat, saya upload kan gambau time jenjln hari isnin ari tu, hehehe.

Orang cakap nasi arab kat sini sedap. Teringin pulak, tapi takdok geng. Kalo dapat hasut budak2 keje kat putrajaya turun sini pun sedap.

Kawan- kawan lunch mana? Hari ni kan gaji, hehehe

Tuesday, 18 October 2011

41. Saya lelaki yang ber'stongan'

stongan = stokin + tangan

ya, objek ini di panggil stongan,

jangan pelik jika anda lihat saya memakainya, hehehe. kepada rider-rider diluar sana, saya syorkan anda pun cari satu. amat selesa dan murah. baru RM 8. Kalo mat-mat sukan pakai pun ok, tak payah nak beli baju tight tu yang berharaga RM 25 ( Made in Siam).

Selesa beb bila menunggang pakai ni, rasanya da ramai pakai kot, saya je yang lambat, hehehe, bebudak beskal pun brader tu cakap pakai stongan ni.

cun kan kawan-kawan? hehehe
nway, ade satu lagi jenis,  yang gambau tatu tu. tapi saya rase org islam tak elok a pakai yang tu. bukan ape, Allah pesan kita kat dalam al_quran, kafir ni takkan senang selagi kita tak ikut depa. lepas tu, Allah pesan lagi, sesiapa yang mengikuti sesuatu kaum itu, dia akan menjadi seprti kaum tersebut, NAUZUBILLAH...

oo ye, niat saya pakai ni bukan nak meniru jadi pompuan plak, saya tetap maskulin k...auuuwww. cuma nak lindung kulit tangan supaya tak bebrbelang je, ye la, saye nek kuda je, takde air-cond kan, hehehe.org pompuan pakai untuk melindungi maruah, kami pakai pakai untuk lindungi kulit supaya gebu senantiasa. hehehehe

Monday, 17 October 2011

40. Gambau Time Derma Darah

Tarikh: 14 Oktober 2011
Tempat: Di Institiut Pengajian Awam di Selangor


Ini gambar time proses pemindahan tu berlaku, da makin canggih da berbanding dengan kali pertama aku derma darah

Permandangan sekeliling,

juga pemandangan sekitar,

Dan sejam selepas derma,

Selepas 3 hari,

#maaflah takde gambau misi-misi yang cun.